Pempengaruh terkenal, Kasih Iris Leona memaklumkan tidak kisah sekiranya terpaksa memakai baju kelawar seumur hidupnya.
Selesa pakai baju kelawar
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG), anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu dilihat sedang berjalan sambil menari bersebelahan kolam renang di rumah agam milik keluarganya.
Pempengaruh berusia 22 tahun ini turut meluahkan rasa selesanya memakai kaftan atau nama lain baju kelawar.
Kalau diberi pilihan untuk hanya pakai satu jenis pakaian seumur hidup saya, saya akan memilih kain kaftan atau baju kelawar.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji penampilan Leona yang hanya mengenakan baju kelawar.
Netizen juga bersetuju dengan Leona dan memaklumkan mereka juga gemar untuk memakai baju kelawar ketika berada di rumah.
Sekadar info, Leona baru sahaja pulang ke tanah air selepas bermastautin lama di London atas urusan melanjutkan pelajaran.