Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona memberitahu dia nekad untuk memulakan gaya hidup sihat selepas pulang daripada melakukan pemeriksaan kesihatan, baru-baru ini.
Nak jadi ‘fit’ dan sihat
Menerusi sebuah video di TikTok, Leona berkata, dia mahu menjadi seorang yang ‘fit’ dan sihat selepas doktor memberi saranan kepadanya supaya rajin bersenam.
Demi membakar semangat untuk sentiasa bersenam selepas ini, Leona dilihat membeli beberapa pakaian baru untuknya. Ujar Leona, dengan cara berbelanja seperti ini, dia akan lebih bersemangat.
Sebenarnya saya buat pemeriksaan kesihatan dan doktor minta saya bersenam. Saya okay dan untuk memberi semangat, saya pergi beli pakaian baru. Saya rasa dengan cara berbelanja sebegini, saya akan lebih bersemangat nak bersenam.
Difahamkan, Leona berbelanja lebih kurang RM4,000 demi membakar semangatnya untuk menjalani gaya hidup sihat.
Video
@leonathe2nd Lululemon haul
? original sound – le yoooooooo na – le yoooooooo na