Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman dan pempengaruh iaitu Kasih Iris Leona mendedahkan dia tidak pernah membaca komen-komen netizen di media sosial.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Leona Sudah Buat ‘Check Up’, Rasa ‘Annoying’ Netizen Asyik Cakap Fasal Tiroid – ‘Saya Tidak Sakit, Yang Tebal Itu Lemak’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Leona ‘Spend’ RM4,000 Beli Pakaian Sukan Selepas Doktor Suruh Rajin Bersenam
Tak baca komen netizen
Menerusi temu bual di Bukak Mulut, Leona berkata, dia memilih untuk tidak membaca komen kerana tidak mahu terkesan dengan pandangan orang lain terhadap dirinya.
Malah, dia juga memberitahu tidak mengambil pusing dengan komen-komen negatif yang diterima.
Saya tak baca langsung. Semua kawan saya kesian gila tapi saya tak tahu pun apa dorang cakap sebab saya pilih untuk salurkan energi saya kepada perkara yang positif.
Jadi kalau orang nak bercakap tentang benda yang negatif, saya tak peduli. Awak boleh cakap apa-apa pasal saya tapi awak tak kenal saya secara peribadi. Kenapa saya perlu ambil komen awak untuk dictate kehidupan saya?
Dalam pada itu, Leona menyedari dirinya diperkatakan di media sosial namun dia mempunyai pilihan untuk fokus terhadap perkara positif.
Saya betul-betul tak baca dan saya tak kisah pun. Saya tahu banyak kali saya trending dekat TikTok, dekat Twitter, ada banyak orang yang mengata benda yang tak baik sangat tapi apa saya boleh buat?
Untuk menjadi orang yang dikenali, akan ada penyokong dan ada orang yang membenci. Akan ada komen baik dan ada komen buruk jadi saya nak fokus yang mana?
@affendyjailani Leona tak baca komen netizen #kasihleona #leonaazhar #leona #rees #fyp #bukakmulut #foryou #fyp??viral #malaysiatiktok #tiktokmalaysia ? original sound – Affendy Jailani