Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Lihat Apa Yang Terbaharu Di Nights of Fright Ke-9 Di Sunway...

    [VIDEO] Lihat Apa Yang Terbaharu Di Nights of Fright Ke-9 Di Sunway Lagoon

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sunway Lagoon telah mengumumkan acara tahunan yang menjadi ikonik, Nights of Fright (NOF9) yang kesembilan dan menjanjikan pengalaman Halloween yang paling mengasyikkan lagi dengan kerjasama The Sudden Impact! Syarikat Hiburan dari New York.

    Dengan tema seram baharunya, Fields of Fear – rasai pengalaman menyeramkan dalam acara NOF9 Sunway Lagoon setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, 7.30 malam hingga 11.30 malam dari sekarang hingga 31 Okt.

    Dilancarkan pada tahun 2013, setiap tahun Nights of Fright  akan mengetengahkan tema dan konsep yang berbeza istimewa buat pengunjung yang dahagakan malam yang penuh dengan pada musim Halloween.

    Tahun ini, Nights of Fright 9 pasti menjanjikan kelainan dan pembaharuan yang menakjubkan. Dengan kesan khas yang canggih, reka bentuk set terperinci dan pelakon profesional menakutkan yang berkeliaran di taman, Nights of Fright 9 menyediakan lapan rumah berhantu bertema, 11 tunggangan mendebarkan, dua zon menakutkan, dua pentas pertunjukan dan Teater Scarytales mereka yang baharu dan lebih besar.

    Ini pula 4 rumah hantu yang baharu di  Nights of Fright  ke-9

    • Texas Chainsaw Massacre:Out.back.Attack!
    • Animalium
    • The Legend of Sweeney Todd: Barbershop killer of Fleet Street
    • Murder at Madame Zhu’s

    Berikutan permintaan tinggi daripada orang ramai, Nights Of Fright 9 memperkenalkan pendekatan serba baharu untuk meningkatkan pengalaman Halloween yang mendebarkan – tiga pakej berbeza termasuk Xpress Pass, akses awal NOF9 dan faedah istimewa untuk setiap tawaran berbeza yang tersedia di Sunway Super App dan e-stor Sunway Lagoon.

    Pakej Akses VIP khas juga disediakan untuk untuk direbut termasuk:

    •  1 tiket masuk NOF9
    •  1 Xpress Pass dan akses awal
    • 1 ikat kepala telinga arnab
    •  Makan malam bertema
    • 1 baucar RM20
    •  Peluang foto dengan Nights of Fright 9 Karakter dan 1 cetakan foto 6R dan 1 kad digital

    Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket bolehlah berkunjung ke laman sesawang ini.


    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts