Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Penyabar Betul Tokti Ni Bila Dengan Anak-Anaknya”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitizoner yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 83 ribu, tanda suka sebanyak 1,819 dan sebanyak 52 komen.
Di dalam video berkenaan memaparkan Tokti yang membuat live kemudian keadaan menjadi huru hara apabila kedua anaknya berebut untuk mendapatkan minuman diatas meja tersebut.
@sitizoner
#fyp
♬ bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa telatah anak-anak Tokti persis anak-anak mereka jika terlihat sesuatu yang mereka gemari.
Apa-apa pun, semoga Afwa dan Afiyah membesar menajdi anak soleh dan solehah yang taat dan berbakti kepada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?