Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Liza Hanim Menyanyi Bersama Anak Dipuji Ramai!-“Harap Masuk Famili Duo Tahun...

    [VIDEO] Liza Hanim Menyanyi Bersama Anak Dipuji Ramai!-“Harap Masuk Famili Duo Tahun Hadapan”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Haliza Hanim Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Liza Hanim yang merupakan seorang penyanyi, pelakon, penulis lagu dan ahli perniagaan Malaysia.

    Beliau memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia seawal usia 17 tahun selepas memenangi sebagai Naib Juara dalam pertandingan nyanyian Golden Teen Search anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 22 Disember 1996. Selepas program itu berakhir, beliau telah dilamar oleh sebuah syarikat rakaman iaitu Suria Records.

    Beliau merupakan salah seorang anak didik Adnan Abu Hassan dan disifatkan antara penyanyi terbaik Malaysia yang menguasai industri muzik di era 2000-an, sebaris dengan vokalis ternama seperti Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar.

    “Sedap Juga Suara Anak Dia Ni”

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @thegagah yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan juga kini meraih jumlah tontonan sebanyak 38 ribu, tanda suka sebanyak 1304 dan hampir 20 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Liza Hanim bersama anak perempuannya yang dikenali sebagai Marsya sedang menyanyikan lagu dari Melly Goeslaw dan Krisdayanti iaitu Cinta di sebuah majlis konvokesyen.

    @thegagah

    anak beranak ni ya ampun bila bergabung letuppp eik! @lizahanim79 and marsya 🎉🥰 #lizahanim #cinta #fyp #kptm #uptm

    ♬ original sound – The Gagah – The Gagah

    Rata-rata diruangan komen, mereka teruja melihat anak Liza Hanim yang juga mempunyai bakat menyanyi. Mereka juga berharap agar Liza Hanim dan anaknya itu dapat menyertai pertandingan nyanyian Famili Duo pada tahun hadapan.

    Apa-apa pun, semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts