Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Luahan Che Ta Buatkan Ramai Sebak-“Aaisyah Kena Jaga Sampai Mummy Dah...

    [VIDEO] Luahan Che Ta Buatkan Ramai Sebak-“Aaisyah Kena Jaga Sampai Mummy Dah Takda Tau!”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

    Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

    Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta gelagat lucu anaknya, Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia anak selebriti malah parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

    “Ni Lah Pengarang Jantung Mummy & Daddy”

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video tersebut kini meraih jumlah tontonan sebanyak 35 ribu, tanda suka sebanyak 1,902 dan sebanyak 37 ribu.

    Di dalam video tersebut, memaparkan Che Ta yang sedang sakit kepala dan dijaga oleh Aaisyah.

    “Nasib baik ada anak kesayangan ini, demam sakit boleh tolong picitkan kepala mummy.”-kata Che Ta

    “Jaga mummy sampai tua ok”-tambah Che Ta

    @rozitachewan1

    Ni tgh baik lagi sebab dia blm tau mak dia nk keluaqkan #lipmatte . Bila dia dah tau , jeling kita sia’p sia’p nih 😜 Anak bertuah sungguh lah🤣 . Ni lah dia pengarang jantung mummy dgn daddy 🥰 . Aaisyah kena jaga mummy sampai mummy dah tak dak ok sayang🥰 . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #byrcw #lipmatte #comingsoon #rozitachewan #fyp

    ♬ kamu begitu berarti dan istimewa di hatiku – Belleza Cinema Production 🏆

    Ramai netizen sebak melihat video tersebut. Mereka juga berpendapat Che Ta sangat bertuah kerana dianugerahkan anak perempuan walaupun seorang, kerana ada diantara mereka yang tidak mempunyai peluang sebegitu.

    ALSO READ:  Hubungan Seks Makin Baik & Hangat Selepas Kamu Lakukan Senaman Ini…

    Apa pun, semoga Aaisyah membesar menjadi anak yang taat dan berbakti kepada ibu bapanya. Semoga kita semua mendapat rezeki yang melimpah ruah.

    Semoga kita semua juga mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Pendapat anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts