Secara terbukanya Luna Maya telah mengaku dirinya berlaku curang ketika usianya masih lagi muda. Tanpa rasa bersalah, Luna Maya mengaku kecurangannya ketika menjadi tetamu selebriti di Podhub Deddy Corbuzier.
Sebelum mengaku dia pernah berlaku curang, Luna Maya terlebih dahulu menyindir tetamu jemputan lain iaitu Audi Marissa yang tidak pernah menipu.
“Awak tak pernah curang? Oh, rugi sangat. Saya pernah dulu.”
Tidak mahu mendedahkan identiti bekas kekasihnya, Luna memberitahu alasan dia berlaku curang adalah disebabkan rasa bosan.
“Ya, saya cuma bosan sebab ketika itu saya masih muda.”
Pada masa yang sama, Luna mengatakan perbuatan tersebut bukanlah satu masalah yang besar memandangkan ketika itu mereka masih dalam fasa mengenal hati budi.
Tetapi selepas tertangkap dan ‘kantoi’, Luna memberitahu dia agak sedih dan menangis teresak-esak apabila bekas kekasihnya itu mahu memutuskan hubungan.