Pengarah terkenal, Michael Ang meluahkan rasa berang terhadap segelintir netizen yang melemparkan fitnah terhadapnya yang didakwa melakukan suntikan pada wajah untuk mempromosikan produk kecantikan di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram, Michael Ang dilihat mencabar mana-mana individu untuk memberikan bukti yang mendakwa dia dikatakan membuat rawatan spa serta suntikan botox pada wajahnya itu.
“Nak tuduh orang sila ada bukti ya. Jangan sedap aje nak fitnah orang. Kalau korang ada bukti yang aku pergi facial ke, spa ke, cucuk botox drip ke, sila tunjukkan, aku bagi kau 50k sebab aku tipu. Kalau tak ada bukti mulut tu jaga sikit eh!.
Macam kesial eh mulut makcik-makcik acah alim tutup litup dan mamat-mamat sado mulut lagi pondan dari aku!.”-berang Michael di Instagram
View this post on Instagram
Peminat ‘Backup’ Michael Ang
Menjengah ruangan komen, rata-rata mempertahankan Michael Ang dengan menegaskan bahawa wajah pengarah ini sememangya asli setelah mencuba pelbagai jenis produk penjagaan kulit tanpa sebarang rawatan atau suntikan.
“Siapa cakap muka Michael Ang cucuk-cucuk Botox? Tak ada okay uols. Kita pernah sekali touch up muka dia last year, memang original selepas macam-macam skincare dia guna. Tak ada cucuk-cucuk. Kita tau muka-muka yang cucuk Botox. Skin Michael original just dia berjaya pakai skincare yang bagus. Ni i cakap jujur tau bukan propa.”
“Biasa la kan. Mereka ni suka jaga dan fitnah orang tak tentu pasal. Kan baik duduk buat amal ibadah.”
“Aku yang tak follow sangat ni pun tahu. Dia punya struggle jaga muka dia macam mana. Tak nampak pulak dia asyik duk pegi spa buat muka.”
“Laa tengok kulit dah tahu memang kulit cantik.”
Apa komen anda?