Usahawan Eriyca Baiduri tampil membidas komen seorang individu yang menuduhnya membuat pembedahan pada bahagian hidung.
Madammu buat hidung?
Menerusi potongan video yang dikongsikan semula di TikTok, memperlihatkan Eriyca atau lebih dikenali dengan panggilan Madammu menjawab komen individu terbabit yang bertanyakan lokasi klinik yang dikunjunginya untuk ‘membuat’ hidung.
Dengan nada yang bersahaja dan sinis, Madammu selamba menjawab dia kononnya telah pergi ke sebuah klinik yang terletak di Kampung Todo.
Tapi doktor tu dah pencen. Hidung doktor tu pun lebih kurang je dan kepakaran doktor tu memang buat hidung lebih kurang sama je. Kalau awak nak bentuk hidung yang sama dengan saya, boleh lah cari doktor tu. Tapi dia dan pencen, mata pun tak berapa nak nampak.
Kebetulan doktor tu memang istimewa sebab depan klinik dia ada kubur. Kalau hidung senget dia terus gali kubur dan tanam awak dekat kubur tu. Dia memang cerewet. Awak dah bersedia ke belum?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpuas hati dengan jawapan ‘pedas’ yang diberikan Madammu. Menurut mereka Madammu memiliki bentuk hidung yang cantik meskipun tidak membuat pembedahan seperti yang didakwa individu terbabit.
Kalau yang tak kenal Madammu memang percaya lah.
Ambil kau jawapan dari Madam.
Madammu marah campur geram, soalan yang bukan-bukan.
Pandai Madam bergurau.