Usahawan kosmetik terkenal, Madammu menafikan dakwaan dirinya membuat rawatan suntikan pemutihan atau ‘whitening drip’.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Masa Kahwin Tu, Saya Rasa Macam Dah Memperjudikan Masa Depan’ – Madammu Dedah Suami Bukan Orang Kaya
Artikel berkaitan: [VIDEO] Madammu Naik Angin Dakwa ‘Mak Cik’ Cuba Rosakkan Hubungan Dengan Anak-Anak Tiri
Fitnah!
Menerusi perkongsian di TikTok semasa siaran langsung, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri menyatakan dakwaan tersebut adalah fitnah.
Malah, dia menegaskan rawatan ‘drip’ itu mendatangkan kemudaratan kepada ibu yang sedang menyusukan bayi.
Fitnah! Menyusu badan tak boleh sembarang-sembarangan tau. Kalau you nak kata saya drip, saya menyusu badan sehingga hari ini.
Jangan main-main dengan drip bahan apa masuk dalam badan lepas itu menyusu, mana boleh. Saya menyusu badan sehingga hari ini tau. Amboi mulut.
Dalam pada itu, Madammu berkata, dia mempunyai kawan-kawan yang melakukan rawatan pemutihan tersebut namun tidak semuanya berhasil.
Saya ada ramai kawan bagi feedback mereka buat drip tak putih pun. Ada lah tapi tak jadi sangat.
@noir_fizastokis Tula, cakap xbertapis lagi..?#fyp??viral?tiktok #trending #noir #noirwherebeautyblossom #fizastokisnoir #madammu #selamat #superwhitening #girl #jellyviral #noirshapeuppjelly #jellynoir ? original sound – NOIR – WHERE BEAUTY BLOSSOM