Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Madammu ‘Say No’ Kepada Biawak Hidup – ‘Kita Wanita Kena Tahu...

    [VIDEO] Madammu ‘Say No’ Kepada Biawak Hidup – ‘Kita Wanita Kena Tahu Martabat & Maruah Diri’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usahawan jelita, Madammu sama sekali tidak bersetuju andai kaum Hawa dengan rela menanggung mana-mana lelaki yang disifatkan sebagai biawak hidup.

    Pendirian Madammu

    Ketika ditemui , Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri berkata, tidak salah jika seorang isteri mahu meringankan tulang suami tetapi bukanlah dengan menggalas tanggungjawab sebagai pencari nafkah.

    Saya cakap pada dia, kenapa nak tanggung biawak hidup? Siapa ajar? Membantu suami atau pun membantu keluarga tak ada masalah.

    Maksud biawak hidup adalah orang itu memang pemalas dan tak bekerja.

    Madammu berkata demikian ketika ditemui di pelancaran produk Noir X RO yang berlangsung di Ampang Glasshouse, Ampang pada malam Sabtu.

    Menurut Madammu, setiap wanita perlu ada harga diri dengan tidak menjadikan lelaki sebagai tanggungan mereka.

    Jadi pendapat saya kalau nak tanggung biawak hidup saya akan ‘say no’. Kita wanita kena tahu nilai diri, siapakah kita, martabat dan maruah kita.

    Tanggung biawak hidup seumpama kita tak ada pilihan. Menyedihkan bukan? Tapi ianya betul.

    Dalam pada itu, usahawan berusia 34 tahun tersebut telah melancarkan rangkaian produk penjagaan rambut hasil kolaborasi bersama pendandan rambut terkenal RidzOkumura.

    Produk tersebut diformulasikan untuk mengatasi masalah keguguran rambut dan memperbaiki rambut yang rosak.

    Terdahulu, Madammu tampil memberi respons terhadap komen seorang wanita yang mahu menyertai perniagannya namun menyatakan hasrat untuk menanggung teman lelaki.

    Madammu kemudian menasihati wanita tersebut agar tidak berfikiran seperti itu serta mencadangkan agar dia meninggalkan teman lelakinya dan mencari seorang lelaki yang lebih baik.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts