Usahawan jelita, Madammu menjelaskan kepentingan mengikut naluri hati dalam memilih pasangan yang tepat.
Buat pilihan yang tepat
@noirhealthbeauty ? Dengar Kata Hati, Bukan Sekadar Janji Manis Cinta tu indah, tapi jangan sampai mata hati tertutup dek perasaan semata. Belajar dengar suara hati, sebab kadang-kadang ia dah beri petanda sebelum kita sedar. Jangan butakan diri dengan cinta yang hanya indah di luaran. Pilih pasangan yang tepat, yang buat kita rasa selamat, bukan serabut. Jadi wanita bijak. Pilih cinta dengan mata hati yang celik. #madammunoir #DengarKataHati #tipsmadammu #celotehmadammu #noirbeautyworld ? original sound – Noir Health & Beauty HQ
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri menitip pesanan buat para wanita dalam membuat keputusan.
Ujarnya, kata hati perlu dipratikkan untuk mendapatkan sesuatu jawapan.
Sebagai wanita, carilah pasangan hidup yang yang betul-betul sayang dan hargai anda.
Ramai orang tak asah kata hati.
Ramai di antara kita bila bercinta, kita dibutai.
Walaupun hati dah berkata-kata, tapi kita enggan mengakui apa yang dirasai.
Kongsi Madammu, jika hati mula berkata-kata itu adalah petanda yang betul.
Tegasnya, para wanita harus lebih peka dengan kata hati agar tidak tersilap langkah dalam mendirikan rumah tangga kelak.