Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Mahkamah Tinggi Tetap 5 November Sebagai Tarikh Sebutan Semula Kes Da’i...

    [VIDEO] Mahkamah Tinggi Tetap 5 November Sebagai Tarikh Sebutan Semula Kes Da’i Syed

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


     

    Da'i SyedDa'i Syed

    Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 5 November sebagai tarikh sebutan semula pengurusan kes pendakwah bebas, Da’i Syed atas dakwaan merogol seorang wanita lima tahun lalu.

    Tarikh baru sebutan

    Da'i SyedDa'i Syed

    Menurut peguam yang mewakili Syed iaitu Datuk Abu Bakar Isa Ramat, tarikh itu ditetapkan semasa sesi pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, pagi Selasa.

    Hari ini mahkamah sudah tetapkan 5 November untuk tarikh pengurusan kes sementara menunggu alasan penghakiman daripada mahkamah sesyen.

    Pada Jumaat lepas, kami sudah mendapat satu penangguhan pelaksanaan terhadap keputusan mahkamah sesyen. Jadi, mahkamah tinggi membenarkan anak guam saya dilepaskan dengan jaminan sementara menunggu pelupusan kes rayuan.

    Katanya, prosedur dibebaskan dengan jaminan adalah perkara biasa dan akan dilakukan oleh pihak peguam yang mewakili anak guamnya.

    Tambah Abu, itu merupakan satu prosedur biasa sebab mahkamah sesyen sudah jatuhkan hukuman dan pihak peguam boleh memohon mendapatkan penangguhan pelaksanaan.

    Namun, mahkamah sesyen tidak membenarkan dan memutuskan anak guam saya dihantar ke penjara. Kemudian pada 18 September lalu, peguam dari firma guaman saya memfailkan penangguhan.

    Pada 20 September lalu, hakim memberikan kelulusan untuk penangguhan pelaksanaan dan anak guam saya dilepaskan dengan jaminan.

    @official Difahamkan, peguam Da’i Syed, Datuk Abu Bakar Hj Isa Ramat mengatakan Hakim membuat keputusan untuk memberi penangguhan pelaksanaan. Sekiranya anak guam (Syed) tidak bersalah, Syed akan dilepaskan. # #fyp #news #peguam #daisyed #penyulusan #kes #mahkamah ? original sound – OHBULAN!

    Terdahulu, selepas 21 hari berada dalam penjara menjalani hukuman atas pertuduhan merogol seorang wanita, Syed dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 20 September lalu.

    Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da’i Syed selaku pemohon untuk menggantung pelaksanaan hukuman sehingga rayuannya di didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi.

    ALSO READ:  ‘Wanita Boleh Beri Banyak Sekiranya Dia Cukup’ – Tyra Kamaruzzaman Jawab Isu ‘What Women Bring To The Table’

    Pada 30 Ogos lalu, Syed sebagai tertuduh ketika itu, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

    Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

    Mengikut pertuduhan Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, di sini pukul 1.35 pagi pada 11 September 2019.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,205FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts