Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Mahkamah Tolak Permohonan Untuk Melanjutkan Perintah Injunksi Kerana Ketidakhadiran Syamsul Yusof

    [VIDEO] Mahkamah Tolak Permohonan Untuk Melanjutkan Perintah Injunksi Kerana Ketidakhadiran Syamsul Yusof

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Permohonan pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof untuk melanjutkan perintah injuksi yang diperoleh isterinya, Puteri Sarah Liyana ditolak pihak mahkamah.

    Syamsul minta lanjutkan masa

    @official Replying to @situ aminah Happy tengok Puteri Sarah harini ?# #fyp #news #PuteriSarah ? original sound – OHBULAN!

    Menurut peguam yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah menolak permohonan Syamsul yang memohon agar perintah injuksi ke atas Puteri Sarah dilanjutkan.

    Hari ini adalah tarikh sebutan pertama selepas Syamsul dapat injuksi tersebut. Jadi hari ini mahkamah meluluskan permohonan pihak kita untuk jawab ex parte injuksi tersebut dan tarikh sebutan baharu adalah pada 8 Jun nanti.

    Mahkamah juga tolak permohonan Syamsul untuk melanjutkan injuksi tersebut.

    Jangka hayat injuksi ini adalah selama 30 hari sahaja dan akan luput pada 27 haribulan ini. Jadi Syamsul perlu buat permohonan baharu.

    Saman tetap saman

    Dalam pada itu, Akberdin turut mendedahkan bahawa tuntutan mahkamah sivil yang dibuat anak guamnya, Puteri Sarah terhadap Ira Kazar akan tetap diteruskan.

    Kes itu masih kekal dan masih berjalan. Kita belum ada penyelesaian global lagi. Jadi, kes sivil tersebut akan terus berjalan seperti mana yang telah ditetapkan.

    Perbicaraan mengenai kes tersebut akan berjalan pada 25 Ogos.

    Sekadar info, Syamsul memfailkan perintah injuksi terhadap Puteri Sarah untuk menghalangnya daripada mengeluarkan atau memberikan sebarang kenyataan di luar mahkamah pada 28 April lalu.

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by OHBULAN! Official Fan (@official)

    Untuk rekod, kes perceraian pasangan itu masih berjalan di Mahkamah Syariah Rendah Wilayah Perseketuan berikutan pada 18 April lalu Puteri Sarah enggan menarik semula saman terhadap Ira Kazar, manakala pengarah tersebut juga meminta pengurangan bayaran nafkah anak-anak.

    ALSO READ:  “Daripada Join Podcast, Baik Aku Join Potluck”- Sindiran Sinis Rahim Terhadap Shuib Cetus Perdebatan

    Pergolakan rumah tangga mereka bermula selepas kehadiran pihak ketiga iaitu Ira Kazar juga anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi. Susulan itu, Puteri Sarah nekad memfailkan tuntutan cerai selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, awal tahun ini.

    Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts