Pelawak Mamat mencuri perhatian penonton dan warganet apabila dia menangis ketika menyaksikan teman baiknya, Shuib kembali di pentas komedi.
Mamat mengalir air mata
@panglimapangiranaduka SEPAH yang tak cukup sorang.. Abang Apek cakap sahabat ibarat cermin, ukhwah ibarat tasbih, ada permulaan tiada pengakhiran..
? bunyi asal – PANGLIMA ADUKA – PANGLIMA ADUKA
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, kelihatan Mamat tidak mampu menahan air mata semasa menonton persembahan Shuib sebagai cameo di pentas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS 4) semalam.
Saiful Apek cakap, sahabat ibarat cermin, ukhuwah ibarat tasbih. Ada permulaan tiada pengakhiran.
Sepah bermula tiga orang tapi tak cukup seorang, terima kasih pernah hiburkan kami.
Shuib kemudian dilihat memeluk Mamat dan membawanya ke pentas bersama.
Harapan netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat persembahan tersebut malah ada yang merindui kumpulan Sepah dan berharap mereka dapat kembali bersatu.
Mungkin ini sebab mereka akan bersatu kembali, part ini betul-betul ‘touching’. Yang layan dari Raja Lawak sampai sekarang akan faham ini adalah remake Sepah dulu-dulu.
Sepah masih ada peluang untuk bersama, tapi Bocey tidak. Sepah bersatulah kembali, hargai selagi kalian boleh bersama.
Aku rindukan Sepah, tolonglah kembali bersama. Sepah boleh buat kami ketawa tak ingat dunia.
Sayang Sepah ada masalah dalaman, kalau tak memang banyak lagi kejuaraan yang boleh dipegang.