Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, December 21, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Marc Syahmie Kongsi Pengalaman Pertama Jalani Kemoterapi – ‘Bukan Nak Minta...

    [VIDEO] Marc Syahmie Kongsi Pengalaman Pertama Jalani Kemoterapi – ‘Bukan Nak Minta Simpati, Cuma Nak Beri Kesedaran & Pengetahuan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Umum mengetahui, model dan pelakon baharu iaitu Marc Syahmie disahkan menghidap kanser testis tahap dua pada usia 25 tahun.

    Berikutan daripada itu, Marc perlu melakukan pembedahan membuang sel kanser di testis kirinya dan menjalani rawatan kimoterapi.

    Pengalaman pertama seumur hidup

    Terbaru, Marc dilihat memuat naik sebuah video pendek yang memaparkan pengalaman pertamanya ketika menjalani prosedur kemoterapi. Menurut Marc, perkongsian tersebut bukan bertujuan untuk meraih simpati atau meminta belas kasihan daripada netizen. Sebaliknya, hanya sekadar mahu memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat yang proses kemoterapi ini tidak seteruk yang disangkakan.

    Imbas semula pengalaman melalui prosedur kemoterapi pertama kali seumur hidup.Bukan nak minta orang kesian atau simpati cuma nak beri kesedaran dan pengetahuan yang proses kemoterapi ini tidak lah seteruk dan seseram yang di angka. Kalau ikutkan tak nak pun buat rawatan ni, sebab iyalah ingatkan kalau buat memang dah tak boleh buat aktiviti macam dulu.

    Tapi itulah, ada baiknya juga sakit ni, dapat la juga tambah pengetahuan pasal cara rawatan kanser ni. Kemoterapi yang Syahmie buat adalah dos yang tinggi sebab kalau ikutkan kena buat tiga kali.

    Doktor sarankan kena buat juga kemoterapi sebab takut sel kanser tu datang balik dan kalau dia datang kali kedua biasanya akan lebih teruk, mungkin boleh jadi terus stage 3 or stage 4 kalau tak buat kemoterapi.

    Jadi selepas sebulan pembedahan buang tumor terus kena buat kemo. Kiranya ini proses untuk matikan semua sel dalam badan tak kira baik jahat mahupun yang tidak berdosa. Jadi simptom ini lepas kena kemo dalam dua tiga hari rasa la badan tu macam lemah gila dan sakit-sakit urat, loya, tak selera makan dan badan panas gila kalau boleh mandi sehari 5-6 kali tu confirm.

    Tapi itu cuma beberapa hari je, lepas itu badan akan semakin baik dan tenaga akan kembali.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Ahmad Syahmie (@marcsyahmie)

    Di akhir posting, Marc berkata, dia berasa sangat bersyukur kerana perlu menjalani kemoterapi hanya sekali sahaja.

    Biasanya yang sampai kepala botak tu sebab mereka buat chemo banyak kali dan mungkin kanser mereka pada tahap yang teruk dan berbahaya.

    ALSO READ:  Sharnaaz Ahmad Bidas Balik, Netizen Ungkit Isu Nafkah RM500 – ‘Jaga Anak Tu Elok-Elok’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts