Siapa yang tidak kenal dengan Fikri Mark Adam Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mark Adam. Dia merupakan seorang penyanyi, pelakon, pelawak dan penyampai radio Filipina yang bermastautin di Malaysia.
Mark Adam merupakan anak kelahiran Cebu, Filipina dan mula berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 serta ketika itu lagu nyanyiannya menjadi pilihan pendengar dan sekaligus menaikkan namanya untuk lebih dikenali ramai.
Bermula dalam nyanyian, kemudian Mark Adam berkecimpung dalam lakonan dan seterusnya memasuki menjadi seorang pelawak kerana cara percakapannya sentiasa menghiburkan orang ramai.
“Aku Yang Manusia Pun Tak Pernah Merasa Fine Dining”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Mark Adam yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 803 ribu, tanda suka sebanyak 44 ribu dan 1400 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Mark Adam yang membawa kucingnya, baka jenis ‘Sphynx’ untuk menikmati pengalaman Fine Dining untuk kucing. Terlihat beberapa jenis menu yang dijamah oleh kucing milik Mark Adam itu membuatkan ramai terkejut.
@officialmarkadam A day with “Rokieya” @delizios2 @MaoCATfe_official
Rata-rata netizen komen mengenai video tersebut bahawa mereka tidak mengetahui terdapat tempat makan yang sebegitu untuk haiwan peliharaan. Mereka juga mengatakan, jikalau membawa kucing mereka pasti akan nampak seperti haiwan yang sangat lapar kerana kuantiti makanan yang sedikit.
“Aku dah cakap kat kucing2 aku, tak mampu bawak diorang pergi sini, kena redho makan ayam rebus je”
“Tak pernah fikir dek otak ada fine dining untuk cat, powerrr”
“Aku sendiri pun tak mampunak fine dining, ni kan nak bawa kucing, hahaha”
Apa-apa pun, tidak kisahlah mampu atau tidak, pastikan anda menjaga haiwan peliharaan dengan penuh kasih sayang. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?