Kemelut rumah tangga yang dialami penyanyi dan pelakon, Bella Astillah telah mendapat perhatian ramai.
Rata-rata rakan artis serta warganet juga meluahkan rasa simpati terhadap Bella selain tidak putus memberikan kata semangat untuknya.
Ramai sebak
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Mas Idayu memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang memeluk erat Bella.
Menurut Mas Idayu, selebriti kecil molek itu mencarinya dan ingin bermanja.
Dia cari-cari mummy, nak peluk, nak manja-manja.
Anak mummy yang kuat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat momen mereka selain memuji sikap penyayang yang ditonjolkan pelantun lagu Cintaku 100% itu terhadap Bella.
Mummy garang tapi hati mummy baik.
Terima kasih mummy. Semoga mummy dan Bella sentiasa dalam rahmat Allah. Amin.
Peluk Bella untuk kami sekali, semoga Bella kuat.
Sebelum ini, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominum mewah di ibu kota adalah abang iparnya, Aliff Aziz. Manakala Ruhainies didakwa telah bersekedudukan bersama aktor tersebut.
Bella kemudian hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding pertama kes perceraian dengan suaminya.
Walau bagaimanapun, mahkamah kemudiannya menetapkan satu tarikh baharu bagi sebutan kes kedua pasangan itu selepas aktor tersebut tidak hadir ke mahkamah atas alasan terlibat dengan penggambaran.
@masidayu1001 Dia cari2 mmy ya…. nak peluk, nak manja2… anak mmy yg kuat @Bella Astillah #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #adanampakmummyhappy ??
? Buah Hati – Armada