Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Mawi Imbas Kembali Fenomena ‘Mawi World’ – ‘Saya Balik Kampung 500,000...

    [VIDEO] Mawi Imbas Kembali Fenomena ‘Mawi World’ – ‘Saya Balik Kampung 500,000 Orang Sudah Berkumpul’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    mawi worldmawi world

    ‘Mawi World’ merupakan fenomena yang tidak dapat dilupakan oleh segenap masyarakat di negara ini apabila juara program realiti Akademi Fantasia musim ketiga tersebut menjadi perhatian ramai sekitar tahun 2005.

    ‘Mawi World’

    @sinar_my

    Memang hebat sangat penangan Mawi semasa di Akademi Fantasia 3 dan selepas keluar AF3. Nak bali kampung kat tol Kulai tu polis dah tunggu untuk escort! ? Whoaaaa #BorakSelebriti #SINARKongsi #mawi #mawiworld #fyp #fyp? #fyp??viral

    ? original sound – SINAR – SINAR

    Menerusi temu bual bersama Sinar FM, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani mengimbas kembali momen ketika zaman kegemilangannya.

    Menurut Mawi, dia sangat terkejut dengan fenomena tersebut dan akibat populariti yang diterima, dia terpaksa membawa keluarganya berpindah berikutan kehidupan peribadinya sudah diketahui ramai.

    Macam nak gila lah, itu yang saya boleh gambarkan untuk menerima kejutan itu. Bukan saya sahaja tetapi keluarga dan orang-orang terdekat.

    Sampai saya terpaksa bawa keluarga pindah tempat lain. Terpaksa sebab privasi dah tak ada. Nak tak nak kena terima juga, saya ambil masa tiga bulan untuk terima benda itu.

    ‘Benda ini real Mawi’. Saya bangun tiap-tiap hari, saya akan tepuk muka saya. Saya tengok TV menangis, hari-hari buka surat khabar menangis, dengar lagu Aduh Saliha pun menangis. Saya rasa itu menangis sebab terkejut.

    Penyampai radio berusia 42 itu juga mendedahkan bahawa, penerbit rancangan tersebut pada awalnya merahsiakan tentang peminat yang hadir setiap minggu bagi menyaksikan persembahannya.

    Penerbit masa tu cakap pada saya, ‘Mawi awak jangan perasan, itu semua bukan peminat awak, itu semua kita dah bayar untuk bersorak dalam TV nampak cantik.’

    Saya yang tak pernah tahu pasal penyiaran, jadi saya kuranglah rasa perasan itu. Bagus juga, kalau tak fokus boleh lari.

    Pelantun lagu Kalah Dalam Menang tersebut juga berasa terperanjat apabila melihat ramai peminat yang sanggup berkumpul di kawasan kediamannya ketika dia pulang ke kampung selepas memenangi program realiti itu.

    Masa saya balik kampung selepas rancangan itu, 500,000 orang sudah berkumpul. Dari Kota Tinggi ke Taib Andak memang jammed. Saya sampai dekat Tol Kulai, dah ada kereta polis tunggu.

    Polis escort, halau semua kereta dekat tengah jalan. Saya dah menangis. Bila sampai kampung dan lihat ramai orang, saya terfikir ini bukan Astro yang bayar. Baru saya sedar.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi kenangan mereka menyaksikan karier seni Mawi yang sedang berada di puncak ketika itu.

    Penangan Mawi World, masa tu aku sekolah rendah. Memang hype gila.

    Masa fenomena Mawi World ni aku undi Mawi tau. Aku pakai telefon mak, tahu-tahu kredit mak dah habis.

    Aku pun pernah berada masa fenomena Mawi World. Pergi pasar malam sampai orang jual tudung pun ada nama Mawi.

    Tak boleh dikalahkan sesiapa dekat Malaysia. Betul-betul padu, aura dia lain macam.

    Sekadar info, Mawi meneruskan lagi kegemilangannya dalam industri seni tanah air apabila merangkul Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian selama dua tahun berturut-turut bagi edisi 2006 dan 2007.

    ALSO READ:  Adik Hidayah Membuat Dakwaan Hutang Belum Diselesaikan oleh Ali Puteh, Memberikan Teguran untuk Tidak Terburu-buru & Berpura-pura Baik

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts