Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Maya Karin Dedah Bukan Pilihan Utama, Dua Pelakon Popular Tolak Filem...

    [VIDEO] Maya Karin Dedah Bukan Pilihan Utama, Dua Pelakon Popular Tolak Filem Pontianak Harum Sundal Malam – ‘Seorang Tak Nak Rehearsal, Seorang Takut Hantu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon hebat, Maya Karin mendedahkan dirinya bukanlah pilihan utama untuk membawakan dua watak dalam filem lakonannya yang bertajuk ‘Pontianak Harum Sundal Malam’.

    Erra Fazira & Nasha Aziz tolak tawaran

    Menerusi sesi podcast bersama Siar TV, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke memaklumkan dua pelakon wanita yang menjadi pilihan pertama bagi membintangi filem tersebut adalah Erra Fazira dan Nasha Aziz.

    Walau bagaimanapun kedua-duanya menolak tawaran untuk membintangi filem yang berjaya meraih kutipan RM3.2 juta itu.

    Saya bukanlah pelakon pertama yang ditawarkan untuk berlakon dalam filem ini.

    Ada dua lagi primadona sebelum saya (yang ditawarkan) tapi kedua-duanya menolak. Seorang tak mahu ‘rehearsal’ dan seorang lagi takut dengan watak hantu.

    Kedua pelakon tersebut ialah Erra Fazira dan Nasha Aziz.

    Menurut Maya, pengarah filem berkenaan iaitu Shuhaimi Baba merasakan tindakan salah seorang pelakon tidak mahu melibatkan diri dalam sesi latihan sebelum sesi penggambaran dianggap sebagai tidak masuk akal.

    Bila salah seorang pelakon tak mahu rehearsal, Shuhaimi rasa ia sangat tidak boleh diterima dan tidak masuk akal.

    Jadi, Shuhaimi terus, ‘Okay kalau tak mahu rehearsal, ‘then bye bye’.

    Dalam pada itu, pelakon berusia 44 tahun ini memaklumkan dia perlu menjalani sesi latihan bagi filem tersebut sebanyak lima hari seminggu selama lapan jam.

    Pada awalnya, saya juga tidak tahu bahawa saya akan memegang watak hantu.

    Saya hanya jalani sesi rehearsal terlebih dahulu sehinggalah pada sesi penggambaran. Baru saya tahu yang saya perlu membawa watak hantu.

    Tapi ia adalah satu pengalaman yang sangat menarik buat saya. Saya jalani ‘rehearsal’ selama dua bulan, lima hari seminggu selama lapan jam.

    Video

    @siardotmy Saksikan video penuh Ruang Temu eksklusif bersama Maya Karin hanya di saluran Youtube SIAR TV. #SIAR #siartv #ruangtemu #mayakarin #pontianakharumsundalmalam ? original sound – SIAR

    ALSO READ:  Sump*h Sedap & Makin Ketagih, Begini Caranya Nak Buat Popia Big Mac Yang Viral!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts