Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Meerqeen ‘Buka Mulut’ Dakwaan Bercuti Di Bali Bersama Ameera Khan –...

    [VIDEO] Meerqeen ‘Buka Mulut’ Dakwaan Bercuti Di Bali Bersama Ameera Khan – ‘Saya Perlu Jelaskan Demi Menghormatinya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Meerqeen akhirnya membuka mulut dan menjawab spekulasi berhubung isu dia bersama personaliti media sosial, Ameeera Khan didakwa bercuti di Bali, Indonesia baru-baru ini.

    Hanya kebetulan

    Ketika ditemui , Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam menafikan dakwaan berkenaan dan memaklumkan ia hanyalah salah faham.

    Menurut Meerqeen, pada ketika itu dia sedang berada di set penggambaran sebuah drama dan secara kebetulan pihak produksi menggunakan ‘props’ seperti di Bali.

    Ini sangat kelakar, saya tak pernah cerita pun dengan orang tentang ini.

    Saya ada penggambaran ketika itu. Set yang disediakan oleh produksi (drama Uncle Boss Mama) seakan-akan di Bali. Jadi apa salahnya, jika saya muat naik gambar ketika di set penggambaran tersebut.

    Tiba-tiba Amira pun memuat naik juga gambarnya di Bali. Tetapi saya tidak tahu keberadaannya di sana.

    Saya kongsikan gambar tersebut sebab pihak produksi buat set itu sama seperti Bali. Tak ada kena mengena dengan Ameera.

    Pelakon berusia 23 tahun itu berkata, dia sama sekali tiada sebarang niat untuk mencetuskan kontroversi namun perlu tampil menjelaskannya untuk menjaga nama baik Ameera.

    Saya tak ada niat untuk cetuskan spekulasi tapi bila orang kaitkan dengan saya, saya terkejut.

    Apa yang saya buat semuanya menjadi buah mulut orang. 

    Saya tak kisah apa pun yang orang cakap, tapi saya perlu jelaskan demi menghormati Ameera.

    Meerqeen berkata demikian ketika ditemui di sesi temu bual bersama pelakon drama Uncle Boss Mama yang berlangsung di Bukit Jalil pada Khamis.

    Status perhubungan dengan Amira

    Dalam masa yang sama, pelakon filem Harimau Malaya The Untold Story tersebut memaklumkan bahawa dia dan adik kepada aktres dan usahawan, Neelofa itu tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa malah mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.

    Saya dengan dia hanya berkawan, saya kenal dia dari saya mula masuk industri lagi.

    Kami pernah menjalani sesi fotografi bersama. Selepas itu kami baru mula berkawan namun perhubungan kami tidak lebih daripada itu.

    Bagaimanapun, Meerqeen mengakui dia tetap berasa kurang senang apabila namanya sering dikaitkan dengan spekulasi bersama artis wanita.

    Sudah tentu saya rimas dengan apabila kerap dikaitkan dengan selebriti wanita.

    Semua perkara yang saya buat, saya harus ambil langkah berjaga-jaga. Ada yang perlu dibuat, ada yang tidak.

    Orang boleh bercakap apa yang mereka mahu bercakap.

    Pada Julai lalu, timbul spekulasi Meerqeen dan Ameera bercuti bersama-sama di Bali, Indonesia berikutan terlihat pantulan wajah Meerqeen pada pisau dalam sebuah foto dimuat naik wanita itu.

    ALSO READ:  Pembaruan Terkini Aplikasi Waktu Solat Malaysia Untuk Keselesaan Pengguna Global

    Ameera bagaimanapun menjelaskan dia ke Bali berempat iaitu bersama sepupunya, Aisha dan pengawal peribadi serta pemandu.

    Ameera juga memberitahu dia sudah memiliki teman lelaki yang kini berada di London.

    Ini bukanlah kali mereka dikaitkan, tahun lalu mereka juga pernah dikatakan bercinta apabila dilihat menghadiri acara pertunjukkan fesyen di Paris dan saling memuat naik foto di akaun Instagram masing-masing.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts