Siapa yang tidak kenal dengan pelakon, penyanyi, dan model dari Malaysia, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam atau lebih dikenali sebagai Meerqeen, dilahirkan pada 4 Jun 2001 dan berasal dari Ampang.
Meerqeen memulakan kerjayanya, selepas menyertai satu pertandingan Hero Remaja 2019/2020. Meerqeen lebih dikenali ramai, apabila drama lakonannya bersama Anna jobling iaitu ‘Melur Untuk Firdaus’ mendapat tempat di hati penonton bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia juga.
“Nyanyian Sedap Tapi Perlu Belajar Lagi”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Meerqeen yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 164 ribu, tanda suka sebanyak 13 ribu dan sebanyak 298 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Meerqeen menyanyikan lagu klasik dari Dato’ Ahmad Jais dan Datin Rafeah Buang yang bertajuk “Selasih Ku Sayang”.
@meerqeen
Rata-rata netizen memuji alunan suara Meerqeen yang kedengaran mendayu-dayu ketika menyanyikan lagu tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa suara Meerqeen sangat enak untuk didengar namun perlu latihan yang lebih banyak lagi.
“Sumpah suara dia sedap, classic melayunya dapat. memang perlu belajar lagi. Tapi nyanyiannya sedap”
“Wah sedap la suara Meerqeen, pandai nyanyi rupanya”
“Bila Meerqeen tengah bosan, ada je yang dia nak buat”-kata mereka
Betapa pun, tidak dapat disangkal bahawa Meerqeen mempunyai suara yang sedap untuk didengar dan jika dia berlatih lagi pasti akan dapat menyanyi dengan baik pada masa akan datang.
Semoga kita semua diberkati dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?