Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Meerqeen Sering Menyanyi, Peminat Syak Bakal Keluarkan Lagu?-“Sedap Juga Suara Dia”

    [VIDEO] Meerqeen Sering Menyanyi, Peminat Syak Bakal Keluarkan Lagu?-“Sedap Juga Suara Dia”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan pelakon, penyanyi dan model yang berasal dari Malaysia, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam atau lebih dikenali sebagai Meerqeen, dilahirkan pada 4 Jun 2001 dan berasal dari Ampang.

    Meerqeen memulakan kerjayanya, selepas menyertai satu pertandingan Hero Remaja 2019/2020. Meerqeen lebih dikenali ramai, apabila drama lakonannya bersama Anna jobling iaitu ‘Melur Untuk Firdaus’ mendapat tempat di hati penonton bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia juga. Meerqeen kini banyak dilamar jenama-jenama besar fesyen antarabangsa dan sering kelihatan di setiap fesyen atau acara jenama tersebut.

    Bagi Meerqeen, walaupun kini dia sedang sibuk dengan urusan kerja, namun tetap meluangkan masa dengan keluarga tercinta yang menjadi penguat dan tulang belakangnya.

    “Multi Talented Betul Meerqeen Ni”-Netizen

    Baru-baru ini tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @heriyanihendra_17 yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 318 ribu, tanda suka sebanyak 15 ribu dan sebanyak 67 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Meerqeen yang berada di suatu acara dan kemudiannya diminta untuk menyanyi serangkap lagu oleh pengacara tersebut iaitu Radin.

    @heriyanihendra_17

    Sedapnya suara Meerqeen. Next single lagi Meme kesian Menunggu tu duduk sorang2 kat profile Meerqeen 🤩🫶🏼💚 #meerqeen #fyp #foryou 🎥 Credit : IG Aunty Eida (Mama Meme)@Meerqeen @Meerqeen Troopers

    ♬ original sound – Heriyani Hendra – Heriyani Hendra

    Rata-rata peminat teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Meerqeen sememangnya seorang selebriti yang serba boleh seperti berlakon dan juga menyanyi.

    Tambah mereka lagi, sejak kebelakangan ini, Meerqeen sering berkongsi video menyanyi di laman media sosial tiktok miliknya dan mereka mempersoalkan adakah Meerqeen akan mengeluarkan lagu pada masa akan datang?.

    ALSO READ:  Memilih Untuk Bertudung, Melly Goeslaw Dedah Hilang Pekerjaan Hampir 2 Tahun!

    Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts