Baru-baru ini bekas ahli kumpulan BIGBANG, Seungri telah mencetuskan kontroversi selepas dia telah dikesan bersama beberapa gadis ketika melancong di sebuah bandar.
Pada 25 Disember, seorang warganet telah berkongsi video pendek yang didakwa tentang Seungri yang berjalan-jalan di bandar yang terletak di Hong Kong.
Dalam video tersebut, Seungri memakai sut dan berkaca mata berbingkai hitam, bercakap dengan seorang wanita sambil menjabat tangannya. Manakala dua orang wanita lain berdiri di sekelilingnya.
Manakala satu lagi klip video lain menunjukkan seorang wanita tersadung ketika berjalan, menyebabkan Seungri menoleh dan secara tidak langsung mendedahkan wajahnya kepada perakam.
Penampakannya ini telah mencetuskan perbincangan di antara warganet tentang aktiviti Seungri sejak dibebaskan dari penjara pada Februari 2023.
Sebelum ini Seungri terlibat dalam jenayah pemerdagangan seks, perjudian haram dan tuduhan lain yang berkaitan dengan skandal Burning Sun yang menggegarkan industri hiburan Korea Selatan.