Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Menegur & Memalukan Adalah Perkara Yang Berbeza’ – Liza Abdullah Nasihat...

    [VIDEO] ‘Menegur & Memalukan Adalah Perkara Yang Berbeza’ – Liza Abdullah Nasihat Pelakon Senior Tunjuk Contoh Yang Baik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Liza Abdullah berpendapat tidak menjadi satu kesalahan sekiranya pelakon senior menegur pendatang baharu demi memperbaiki kelemahan mereka.

    ‘Menegur dan memalukan adalah perkara yang berbeza’

    Ketika ditemui , Liza atau nama lengkapnya Norliza binti Abdullah, 60, berkata teguran daripada pelakon yang lebih berpengalaman itu adalah penting bagi menambah ilmu atau memperbaiki mutu lakonan pelakon baharu.

    Akan tetapi, pelakon senior juga perlu memahami cara teguran yang betul supaya tindakan itu tidak memalukan atau mengecilkan hati mana-mana pihak.

    Bagi saya menegur dan memalukan adalah perkara yang berbeza. Menegur dengan kebaikan saya rasa pelakon akan terima tapi kalau memalukan dia depan orang ramai itu bukan perkara yang baik.

    Kita kalau nak tegur biar orang tu tahu dan faham kena dia ditegur bukan tegur untuk memalukan dia.

    Kita kena tegur dengan cara berhemah dan tidak memalukan mereka, supaya mereka dekat dengan kita, jangan tegur seseorang pelakon itu sehingga membuatkan dia jauh daripada kita.

    Liza berkata demikian ketika ditemui di sesi bergambar bersama pelakon drama Antara Dua Syurga yang berlangsung di Sri Pentas, pada Isnin.

    Nasihat pelakon senior tunjuk contoh yang baik

    Dalam pada itu, Liza akui ada dalam kalangan pelakon baharu mungkin tidak memahami skop kerja atau tugasan mereka di set penggambaran. Oleh itu, pelakon senior berhak menegur atau memberi tunjuk ajar untuk memperbaiki kelemahan mereka.

    Sebagai pelakon, jangan ambil ini perkara mudah sebab kerjaya pelakon adalah kerjaya yang profesional. Perlu bersedia sebelum masuk set. Tak nafikan, kadangkala pelakon baharu ni tak faham skop kerja diorang jadi pelakon veteran perlu beri peluang.

    Ada sebab mengapa pelakon senior menegur pelakon baharu mungkin kerana kelalaian mereka di set dan atau nak perbaiki kelemahan mereka, jadi itu tidak salah. Sebagai pelakon senior, kita perlu tunjukkan contoh yang baik.

    Sekadar info, drama Antara Dua Syurga merupakan drama terbitan Lumatic Films ini menampilkan barisan pelakon seperti Tracie Sinidol, Nabil Aqil, Liza Abdullah, Steve Yap dan ramai lagi.

    ALSO READ:  Betty Rahmad Berang Anak Dijadikan Testimoni Krim Tantrum Kanak-Kanak – ‘Tolong Jangan Menipu Meniaga’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts