Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Mereka Gelar Anak Saya Penyondol, Habis Yang Lelaki Tidak Salah Ke?’...

    [VIDEO] ‘Mereka Gelar Anak Saya Penyondol, Habis Yang Lelaki Tidak Salah Ke?’ – Abby Abadi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa kurang senang apabila netizen asyik menyalahkan anaknya kerana menjadi isteri kedua. Menurut Abby, pihak lelaki juga terlibat dalam hal tersebut.

    Lelaki tidak salah ke?

    Menerusi temu bual bersama Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkata, sebagai ibu dia akui hakikat bahawa anak perempuannya itu telah melakukan kesilapan besar. Namun begitu, kesalahan tersebut tidak sepatutnya hanya digalas oleh Marissa.

    Saya tak rasa hanya dia (Marissa) seorang yang patut dipersalahkan. Kenapa orang hanya menuding jari kepada Marissa seolah-olah Aslam tidak salah langsung. Saya rasa macam pelik sangat. Mereka gelar anak saya ‘penyondol’, habis yang lelaki tidak salah ke?

    Pada saya masing-masing ada salah sendiri. Kita sendiri tidak tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga Aslam dan isteri pertamanya.

    Berbicara lebih lanjut, Abby memberitahu dia tidak pernah menyalahkan Memey berikutan kegagalan rumah tangganya suatu masa dahulu.

    Saya ‘throwback’ sikit masa saya dengan bekas suami dulu, saya tak pernah menyalahkan Memey sebab tak tahu pun mereka berkawan sampailah satu kejadian yang buatkan saya tahu. Masa tu saya tak salahkan Memey, saya salahkan Norman.

    Tetapi sekarang ini saya nampak orang lebih salahkan pihak perempuan. Sedangkan perkara ini berlaku melibatkan kedua-dua belah pihak. Perempuan dihentam bagaikan tiada hari esok.

    Saya rasa perkara ini tidak adil. Sampai anak saya cakap diri dia seorang ‘introvert’ pun orang marah. Sedangkan dia memang begitu. Jangan disebabkan satu kesalahan, orang menidakkan perkara yang lain.

    Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut berharap netizen memberi peluang kepada anaknya untuk menjalani kehidupan secara normal.

    Saya tengok masing-masing pun dah bahagia. Umisya dah boleh terima. Aslam lagilah saya tengok macam seronok sangat. Jadi apa salahnya kita doakan yang baik-baik untuk mereka.

    Apa yang saya nampak, mereka cuba untuk mencari jalan damai dalam masa yang singkat. Kerana masing-masing belajar agama. Mereka mahu mengelakkan maksiat dan mencari jalan halal. Aslam juga merupakan seorang anak Ustaz.

    Di akhir temu bual, Abby memberitahu dia sudah mula berlapang dada dan menerima sagala ketentuan yang berlaku.

    Saya bukan seorang yang rela untuk berkongsi suami. Sebab itu saya pilih untuk bercerai satu ketika dulu. Tetapi siapa sangka anak sendiri pilih untuk hidup berkongsi kasih.

    Saya anggap ini satu ujian untuk saya. Namun saya kena reda dan terima hakikat. Daripada saya hilang anak saya disebabkan dia buat perkara yang bukan-bukan, depresi dan sebagainya, lebih baik kita doakan untuk dia. Kalau dia seronok untuk hidup berkongsi kasih, terpulang pada dia.

    ALSO READ:  ‘Menantu & Besan Sehingga Akhir Hayat Kami’ – Patimah Ismail

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts