Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Mereka Mampu Bermewah & Memperagakan Kehidupan Tapi Mengapa Tak Mahu Lunaskan...

    [VIDEO] ‘Mereka Mampu Bermewah & Memperagakan Kehidupan Tapi Mengapa Tak Mahu Lunaskan Hak Orang Lain?’ – Pengerusi MARA

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan bahawa institusi tersebut bersifat bertimbang rasa terutama kepada para peminjam yang mengalami kesulitan pembayaran semula pinjaman.

    Boleh berunding

    Menerusi temu bual bersama Melodi, Asyraf berkata, pihak MARA berusaha untuk melakukan proses perbincangan bersama peminjam bermasalah sebelum mereka mengambil sebarang tindakan lanjut.

    Proses penilaian untuk memberi pinjaman ini ketat dan apabila terdapat kes peminjam tidak dapat melunaskan pinjaman mereka, MARA sebenarnya amat bertimbang rasa dan kita mengamalkan prinsip ihsan.

    Sebelum apa-apa tindakan kita akan menghantar surat kepada mereka dan meminta mereka hadir ke pejabat MARA.

    Boleh berunding untuk proses penjadualan atau penstrukturan semula hutang tersebut tanpa sebarang caj.

    Kes dibawa ke mahkamah

    mahkamahmahkamah

    Gambar sekadar hiasan

    Walau bagaimanapun, jika ada peminjam yang culas dan sukar untuk berbincang maka MARA terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

    Apabila kaedah perundingan itu gagal atau ada peminjam yang culas, sengaja tidak mahu membayar dan tidak mahu berunding, jadi perlu menggunakan tindakan mahkamah serta perundangan.

    Kalau kami ambil tindakan mahkamah itu bermakna ianya adalah tindakan terakhir dan sudah sampai ke peringkat tiada toleransi lagi.

    Dalam pada itu, Asyraf merasa hairan dengan sikap segelintir peminjam yang menayang kehidupan mewah mereka namun tidak mahu menyelesaikan hutang.

    Kita pun kadang-kadang pelik juga, mereka ini mampu hidup dengan mewah dan memperagakan kehidupan mereka tetapi mengapa mereka tidak mahu melunaskan hak orang lain?

    Tak perlulah usaha untuk datang kepada saya menggunakan ‘kabel’, kerana saya tidak akan melayani perkara-perkara yang melibatkan hak orang lain.

    Sesiapa juga yang berhutang wajib bayar, bagi mereka yang bermasalah, datang kepada MARA. Kami tak ada masalah, kita boleh berbincang.

    Di akhir temu bual tersebut, Melodi mencuba untuk mendapatkan respons daripada pihak aktres, Rozita Che Wan namun menurut pengurusnya mereka tidak dapat memberi sebarang kenyataan buat masa ini.

    ALSO READ:  Bella Astillah Enggan Ambil Tahu Kes Khalwat Aliff Aziz & Ruhainies – ‘Mereka Tiada Kaitan Dengan Saya’

    Sekadar info, pihak undang-undang Majlis Rakyat (MARA) dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap Rozita dan anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, kerana gagal membayar pinjaman hampir RM1 juta sejak tahun 2017.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts