Perkongsian terkini pelakon, Mia Ahmad mencetuskan spekulasi netizen yang berpendapat dirinya sedang hamil cahaya mata keempat.
Hamil Anak Keempat?
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Mia dilihat berkongsi rutin pagi sebagai seorang ibu. Apa yang lebih menguatkan lagi spekulasi netizen adalah kapsyen Mia yang menyatakan usia kandungannya yang kini berusia 26 minggu.
“Rutin pagi saya (26 minggu hamil.”-kapsyen Mia di Instagram
… (konten media sosial)
“Aura Ibu Mengandung Memang Luar Biasa..”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menitipkan ucapan tahniah serta meluahkan rasa teruja melihat Mia yang semakin berseri ketika hamil.
“Masya Allah tahniah kak mia😍 beautiful mom❤️.”
“Mengandung ke tahniah.”
“Tahniah Mia pregnant lagi. Take care.”
“Baby bump.”
“Kak Mia, Mashaa Allah cantiknya, aura ibu mengandung memang luar biasa…”
“Rasa macam baru beranak kan.”
“Cantiknya Mia Ahmad.”
“Baby bump… 😍.”
Sekadar info, Mia Ahmad mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Sri Pahang FC, Izham Tarmizi pada tahun 2017.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Sayf Issa, Iris, dan Imaani yang dilahirkan pada Januari lalu.