Pelakon Mia Nasir memuat naik video dirinya diserang anjing rottweiler sewaktu menjalani penggambaran, baru-baru ini.
Hanya kesan lebam sedikit
Menerusi rakaman video berdurasi 0:13 saat itu, Mia dan Mimi Lana dilihat sedang berlakon untuk memasuki sebuah rumah. Namun siapa sangka, ketika mereka hendak berjalan memasuki rumah tersebut, anjing rottweiler yang digunakan untuk tujuan lakonan telah menyerang Mia di bahagian kaki.
Menurut Mia menerusi satu siaran langsung di TikTok, dia mempunyai kesan lebam sedikit sahaja di bahagian pahanya.
Badan saya tak sakit, cuma impak dia di bahagian paha sahaja. Tiada luka dan berdarah. Apa yang berlaku ini saya tak salahkan siapa. Tak ada siapa yang sangka benda seperti itu akan terjadi.
Nasib saya memang baik walaupun ruang dekat situ macam tiada. Anjing itu pun digunakan untuk tujuan lakonan.
Tambah Mia, dia tidak berasa trauma susulan insiden tersebut.
Kalau tanya trauma ataupun tidak, saya akan cakap tidak. Sebab dia tak gigit saya. Kalau gigit mungkin saya trauma. Untuk pengetahuan korang, kita jangan bagi interaksi mata dengan anjing sebegitu. Mereka akan rasa terancam.
Berbicara lebih lanjut, Mia turut meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami kecederaan yang serius.
Belakang saya ada cermin. Nasib saya tak langgar dan pecahkan. Allah lindung saya. Saya juga bernasib baik kerana jenis seluar yang dipakai menghalang anjing itu menggigit terus ke bahagian kulit.
Di akhir siaran langsung, Mia memberitahu, sebelum ini dia pernah dikejar anjing.
Saya ada pengalaman dikejar anjing di Bukit Damansara. Masa itu saya lari laju sebab turun bukit. Jadi bernasib baik juga.
Video
@mianasir1 Non scripted. Jantung kat lutut dah waktu ni. #AndaiTiadaDia
? suara asli – Nacep Hermawan Jr – Nacep Hermawan Jr