Pelakon, Mia Nasir berkongsi detik cemas apabila dirinya diserang seekor anjing ketika dalam penggambaran, baru-baru ini yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.
Mia, menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, pelakon berusia 33 tahun ini bersama rakan gandingannya yang juga pelakon, Mimi Lana yang ketika dalam penggambaran itu dilihat sedang berjalan secara perlahan di tepi sebuah rumah sebelum secara tiba-tiba diserang seekor anjing hitam yang secara tidak terkawal telah mengigit bahagian bawah seluarnya sehingga terkoyak.
“Non scripted.”-kapsyen ringkas Mia di Instagram
View this post on Instagram
“Bahaya Laa! Tak Kelakar Okay…”
Perkongsian Mia itu dibanjiri komen rakan selebriti serta netizen yang bimbang dengan keadaan Mia, malah ada yang berpendapat anjing berkenaan rasa ‘terancam’ dan bertindak menyerang pelakon tersebut.
“Miaa gosh! Tak kelakar ya, don’t play with the breed. Hope you both are okay!.”-Eleena Sui
“I hope you’re okay 😭.”-Shaza Bae
“Hope you’re OK, actually dog’s need 7 days to recognise you through smell…ni mesti 1st day.”
“Sis Mia, anjing ni dia rasa terancam dan dia rasa yang sis Mia ni macam nak sergah dia sebab dia rasa tak selamat sebab dia dengan hentakan kaki sis Mia macam tu. Hopefully sis Mia tak ada apa-apa.”
“Adoi sakit tu kena tepi tangga.”
“Nasib baik x gigit kulit😢.”
“Bahaya laa! Not funny okay 🥲.”
“Ya Allah takutnya tengok.”
“Nasib dia gigit seluar, kalau kena kulit kaki tu😌.”
Apa komen anda?