Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly Seoul from Kuala LumpurFly Seoul from Kuala Lumpur
Thursday, August 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly Seoul from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Misha Omar Nyanyi Lagu Mandarin Cetus Perhatian Ramai!-“Sedapnya Dia Nyanyi Lagu...

    [VIDEO] Misha Omar Nyanyi Lagu Mandarin Cetus Perhatian Ramai!-“Sedapnya Dia Nyanyi Lagu Ni”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Samihah @ Aisah Omar atau lebih dikenali sebagai Misha Omar, beliau adalah seorang penyanyi pop wanita Malaysia berbangsa Melayu yang sehingga kini telah memenangi 8 piala Anugerah Juara Lagu, 5 Anugerah Industri Muzik, 3 Anugerah Era & masing-masing sebuah trofi Festival Filem Malaysia dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

    Menceburi bidang seni suara sejak berusia 19 tahun setelah menyertai pertandingan Bintang RTM 2001. Populariti beliau memuncak setelah meraih kejayaan menerusi lagu Bunga-bunga Cinta.

    Beliau juga antara segelintir artis Malaysia yang berjaya menempa nama di peringkat Asia terutama setelah memenangi anugerah emas di Anugerah Muzik Asia di Shanghai pada 2003.

    “Suka Dengar Kak Mich Nyanyi Lagu Ni”

    Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @musicainspirati yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak  11 ribu, dan tanda suka sebanyak 430.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Misha Omar yang berada di suatu majlis dan menyanyikan lagu bahasa Cina yang bertajuk ‘Shang Hai Tan’ nyanyian asal dari Andy Lau. Yang menarik perhatian adalah, walaupun Misha Omar menyanyikan lagu tersebut dengan baik namun matanya tidak lekang dari melihat lirik kerana khuatir akan tersalah sebut.

    @musicainspirati

    Mata tak lepas dari tengok lirik, ok tak Misha Omar nyanyi lagu ni? ❤️ #mishaomar #mishaomarcover #lagucina #TasteOfCNY2024 #happychinesenewyear

    ♬ original sound – Musica Inspirati – Musica Inspirati

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa amat suka dengan nyanyian Misha Omar dari dahulu sehingga kini.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    ALSO READ:  Azira Shafinaz Beri Penjelasan Berhubung Isu Tarik Diri – ‘Doktor Nasihat Saya Berhenti Buat Persembahan’

    Related articles

    Follow Us

    20,330FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,050FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts