Madu kepada Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan memberitahu dia banyak menerima pertanyaan tentang kehidupan berpoligami daripada warganet.
Luahan Misya
@milahbunga Stay strong @Umisyamazlan ?? semoga terus berjaya & pandang ke hadapan. Netizen yang perlu move on setiap kali masuk Live Umisya ? you are such a good person ? know how to react with a good emotion ?? #foryou #foryoupage #foryoupage???? #fyp #fyp??viral #fyp?? #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupag? #umisyamazlan #wanita #wanitahebat #wanitakuat #wanitakuatwanitahebat
? Sad violin – Katsuyuki Takahashi
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Misya berkongsi bahawa dia jarang menghubungi suaminya jika tiada keperluan.
Bagi Misya itu adalah langkah untuk mengelakkan daripada berlaku pergaduhan dan mencetuskan emosi yang tidak stabil di dalam rumah tangga.
Turn sana ke turn sini hanya ignore..masing-masing, sebab lelaki ini cepat rimas.
Untuk saya tak berfikir dan nak elak yang bukan-bukan, saya tak contact Aslam, tak mengganggu atau apa-apa, hanya ignore. Itu tips saya.
Walaupun saya tahu, tapi nak pergi mana-mana saya contact la dia.
Sebab kalau contact tu kita ada rasa untuk tanya yang bukan-bukan. Nak elakkan emosi dan pergaduhan lebih baik tak payah tanya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak tersebut meminta agar orang ramai tidak membuat perbandingan antara dirinya dan Marissa.
Bila mana kita memilih untuk stay, jadi kita kena terima la kesannya. Tapi setakat ini tak ada yang mengalah, buat apa saya nak mengalah?
Saya pun tak tahu kenapa perlu membanding-bandingkan. Saya, sayalah..dia, dialah.
Sebenarnya orang tak faham poligami boleh nak tanya tapi jangan sebut nama-nama orang yang tak berkenaan atau menyebabkan pergaduhan.
Terdahulu, kontroversi Marissa Dania yang didakwa telah berkahwin dengan suaminya, Aslam di Thailand telah mencetuskan isu yang besar di dalam industri hiburan. Marissa dan Aslam juga didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga.
Kontroversi tersebut telah mencetuskan pelbagai isu di dalam keluarga ibu bapa Marissa iaitu Abby Abadi dan Norman Hakim.