Berpoligami bukanlah perkara yang mudah terutama selepas kisah perkahwinan menjadi antara tajuk utama di media.
Bagaimanapun, madu kepada anak pelakon Abby Abadi iaitu Misya Mazlan dilihat tetap positif menjalani kehidupan walaupun berdepan dengan kemelut rumah tangga.
Hikmah disebalik kejadian
Menerusi temu bual bersama Hijabista, Misya berkata dia telah dilimpahkan dengan pelbagai rezeki yang tidak sangka-sangka meskipun dia perlu menempuh pahit manis berpoligami.
Banyak hikmah yang saya nampak. Antara hikmahnya adalah rezeki datang secara tiba-tiba.
Kalau tak orang tak tahu saya pun.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini tetap berasa tenang walaupun isu rumah tangganya menjadi perhatian ramai.
Kalau nak diikutkan saya rasa tenang. Tenang sebab saya ada masa sendiri dan ada masa untuk me time.
Tak payah nak pening-pening kepala.
Tinjauan mendapati sejak isu curang suaminya Aslam tercetus, Misya mendapat banyak tawaran bisnis dan juga menjadi model bagi jenama pakaian lokal.
Terdahulu, Marissa Dania Hakim didakwa telah berkahwin dengan Aslam di Thailand. Marissa dan Aslam juga didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga mereka.
Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan rumah tangga Aslam dan Misya.
@hijabistamy Bersangka baik dengan Allah, tenang sekali @Umisyamazlan meneruskan kehidupannya bersama keluarga tersayang. Berkat kesabaran dan reda berpoligami, rezeki sis Misya dalam bidang bisnes serta modelling makin berlipat ganda, malah baru-baru ni turut direzekikan buat umrah dan bercuti ke luar negara! Banyak lagi hikmah di balik musibah, tonton video penuh Hijabista OTW bersama Umisya Mazlan di YT & FB Hijabista. #iamhijabi #hijabistamagazine #HijabistaOTW
? I Can Feel It v3 – Nick Sena and Danny Echevarria