Isteri pertama kepada Aslam iaitu Misya Mazlan berkongsi tentang perjalanan pendidikannya sehingga berjaya bergelar seorang guru.
‘Beauty with brain’
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Wawa Cosmetics, Misya mendedahkan dia pernah melanjutkan pelajaran ke Mesir sebelum pulang ke tanah air untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kemudian meneruskan pendidikan ke peringkat diploma.
Bukan itu sahaja, Misya juga dilihat mahir bertutur bahasa Arab selain pernah bertugas sebagai guru agama.
Saya ada diploma, tapi sebelum tu saya belajar dekat Mesir. Lepas saya balik Malaysia saya ambil ‘fast track’ SPM kemudian ambil diploma dalam bidang perguruan.
Jadi cikgu pendidikan agama.
Dalam masa yang sama, ibu kepada dua orang anak ini juga sempat menitipkan nasihat buat mereka yang turut menghadapi situasi yang sama dengannya.
Perjalanan saya masih jauh. Untuk yang menyokong saya terima kasih sangat-sangat dan untuk yang lalui macam mana yang saya lalui, teruskan kuat semangat..jangan putus asa. Jangan berhenti berdoa yang terbaik untuk kita.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi kebijaksanaan yang dimiliki Misya selain memuji keperibadiannya yang sopan dan sentiasa kelihatan tenang.
Sebelum ini hangat diperkatakan tentang anak kepada pasangan pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania didakwa telah mendirikan rumah tangga dengan Aslam.
Marissa dan Aslam didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga Marissa dan isteri pertama Aslam.
@wawacosmetics.com.my Wahh .. loveee
? original sound – Wawacosmetics by Wawa Zainal – Wawacosmetics by Wawa Zainal