Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment MK K-Clique Kaburkan Momen Romantis Bermaafan Dengan Isteri, Netizen Puji!-“Orang Yang...

    [VIDEO] MK K-Clique Kaburkan Momen Romantis Bermaafan Dengan Isteri, Netizen Puji!-“Orang Yang Faham Agama..”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique berkongsi momen romantis bersama isterinya, Siti Hajaar yang pertama kali meraikan Hari Raya Aidilfitri sebagai pasangan suami isteri selepas mendirikan rumah tangga pada Jun 2023.

    Kongsi Momen Pertama Kali Rai Aidilfitri Sebagai Suami Isteri

    Menerusi perkongsian di Instagram, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat memuatnaik video yang memaparkan dia dan isteri, Siti Hajaar yang sedondon menggayakan busana serba hitam sedang bermaaf-maafan di pagi Syawal.

    “Bismillah, Alhamdulillah raya tahun ni ada momen pertama kali kami sebagai suami isteri bermaafan di pagi raya.

    Semoga Allah menerima segala amal ibadah isteriku, keluargaku, sahabat-sahabatku dan semoga mereka sentiasa dalam lindungan Nya.”-tulis MK K-Clique di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

    “Kepada Yang Single, Teruskan Menangis…”

    Perkongsian MK dibanjiri dengan kata-kata pujian oleh netizen yang memuji tindakan MK yang kaburkan momen mereka mencium tangan dan dahi masing daripada tatapan umum walaupun mereka sah menjadi suami isteri, malah ramai yang ‘patah hati’ melihat momen romantis penyanyi rap tersebut bersama Siti Hajaar.

    “Bagus MK dan isteri, blur kan part tu, even dah halal kan. Menghormati. I like.”

    “Jangan sampai aku lipat bumi ni jadi empat segi eh!.”

    “Orang yang faham agama ❤️.”

    “Walaupun halal, part kissing tu diorang jaga.”

    “Kepada yang single, teruskan menangis walaupun tak berguna.”

    “Dalam banyak-banyak couple, yang ni couple halal yang sweet aku pernah tengok.”

    “Love the way you blur the situation. May God bless both of you.”

    Sekadar info, MK K-Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin pada majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang pada Jun 2023.

    ALSO READ:  Lisa Surihani Mendapat Pujian Netizen atas Sikap Sopan dan Menjaga Adab dalam Membuat Trend TikTok



    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts