Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment MUA Bellaz Menangis, Dedah Sebab Rakam Setiap Momen Bersama Anak-Anak –...

    [VIDEO] MUA Bellaz Menangis, Dedah Sebab Rakam Setiap Momen Bersama Anak-Anak – ‘Bila Sudah Tiada Boleh Tengok Balik’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh dan jurusolek, MUA Bellaz mempunyai sebab tersendiri mengapa dia gemar merakam momen bersama anak-anak ketika mereka masih kecil.

    Memori ketika dewasa

    @pama.my

    Jatuh air mata MuaBellaz, bila ditanya tentang perkara ni? Semoga anak-anak dah besar nanti boleh hargai effort mama ni okay! #muabellaz #muabellazkids #majalahpama

    ? original sound – Pa&Ma – Pa&Ma

    Menerusi temu bual bersama Pa&Ma, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini dilihat tidak mampu menahan air mata apabila mendedahkan dia tidak mempunyai banyak foto ketika kecil.

    Perkara itu menjadi sebab mengapa kini dia gemar merekod semua momen anak-anaknya.

    Saya suka ambil gambar mereka kerana saya tak ada gambar sendiri ketika kecil, bila besar nak tengok gambar tak ada.

    Sebab tu saya ambil gambar mereka ketika kecil, bila tengok semula..’ini gambar dengan mama’.

    Saya cuma ada dua tiga keping gambar sahaja semasa kanak-kanak, jadi saya teringin sangat nak tengok gambar saya ketika bayi.

    Dalam nada sebak, ibu kepada empat orang anak itu berkata, kesempitan hidup keluarganya menyebabkan dia tidak mempunyai kesempatan untuk bergambar dan merakamkan momen bersama mereka.

    Saya tak boleh tengok balik momen itu kerana dulu saya sangat susah.

    Jadi bila dah ada anak ini saya pakaikan mereka dengan baju yang cantik-cantik. Bila mereka tengok nanti, inilah momen kita bersama.

    Momen hari ini takkan sama dengan esok, kalau nak diulang semula takkan akan dapat. Ambil (gambar) sahaja momen itu, nanti bila sudah tiada dan rindu boleh tengok balik.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak mendengar kisah Bellaz, malah mereka juga turut melakukan perkara yang sama kepada anak-anak kerana pernah mengalami situasi serupa.

    ALSO READ:  [VIDEO] Vida Hantar Sendiri Bubur Asyura, Terharu Wanita Tidak Berdaya Jalan Sanggup Datang – ‘Dia Teringin Nak Makan’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts