Pempengaruh dan usahawan, Andika Putera berkongsi rawatan yang dilakukannya untuk mendapatkan rupa paras yang lebih menawan.
Buat rawatan ‘Hifu’
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Andika atau nama sebenarnya Muhamad Andika Putera Salleh memaklumkan dirinya melakukan rawatan ‘high-intensity focused ultrasound’ (HIFU) untuk menjadikan dagunya lebih tajam.
Disebabkan ramai orang tanya macam mana saya buat jawline, sebenarnya saya buat Hifu sebab rawatan ini tanpa cucuk jarum, tanpa apa pun.
Kat sini boleh nampak muka saya makin lama makin terbentuk.
Salah satu cara ialah saya hilangkan berat badan dan yang kedua adalah Hifu.
Saya tak sabar nak buat sesi ketiga untuk ‘sharpkan’ lagi muka saya.
Menerusi hantaran itu juga, pempengaruh berusia 28 tahun sempat berkongsi sesi rawatan HIFU yang dilakukannya.
Netizen pertikai
Walau bagaimanapun, perkongsian Andika itu telah menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya mendakwa pempengaruh itu seakan mengubah ciptaan tuhan.
Tidak berdiam diri, Andika menafikan dia cuba mengubah ciptaan tuhan sebaliknya hanya melakukan rawatan kecantikan.