Pelawak, Shuib dan Mamat Sepah berkongsi khabar duka setelah terpaksa menangguhkan hasrat mereka untuk menunaikan Ibadah Umrah pada Ramadhan tahun ini bersama agensi yang sedang tular di media sosial disebabkan gagal menghantar lebih 300 jemaah ke Tanah Suci Mekah, baru-baru ini.
“Mungkin Belum Rezeki Kita…”
Shuib menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa pada mula kelihatan baik-baik sahaja untuk bekerjasama, namun setelah melihat pelbagai masalah yang timbul dari agensi terlibat, mereka mengambil keputusan untuk menarik diri dari menunaikan umrah dengan agensi itu.
“Mungkin belum rezeki kita Mat nak pergi umrah bulan puasa ni”. Mulanya semua nampak okay untuk berkerjasama tapi bila kita nampak macam-macam masalah yang timbul, jadi kita ambil keputusan untuk tarik diri dari pergi bersama travel agency tersebut.”-kongsi Shuib di Instagram
Tidak Guna Wajah Untuk Sebarang Promosi
Tambahnya lagi, pelawak ini turut menitipkan pesanan kepada pihak berkaitan untuk tidak menggunakan wajah mereka untuk sebarang promosi.
“Harap pihak yang berkaitan tidak menggunakan lagi wajah kami untuk sebarang promosi..
InsyaAllah ade rezeki lain Mat, kita doa ada Agensi yang lebih sesuai yang boleh bawak kita pergi Umrah Mat..”-titip Shuib
View this post on Instagram
Baru-baru ini, tular di media sosial selepas lebih 300 jemaah Umrah terkandas apabila mereka telah diberikan janji untuk diterbangkan ke Tanah Suci Mekah. Namun, agensi pengendali Umrah tersebut bertindak untuk menunda penerbangan.
Apa komen anda?