Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Muzik Video Siti Nurhaliza Di Hujah Ramai!-“Kenapa Macam Dekat Gereja?”

    [VIDEO] Muzik Video Siti Nurhaliza Di Hujah Ramai!-“Kenapa Macam Dekat Gereja?”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Sekali Pandang Memang Nampak Tempat Begitu, Mujur Baca Komen”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ghazimaslan yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 368 ribu, tanda suka sebanyak9,607 dan sebanyak 731 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokri yang sedang menjalankan sebuah penggambaran muzik video, dimana tempat tersebut kelihatan seperti di sebuah gereja.

    @ghazimaslan

    Shooting di International Institute ISLAMIC Thought and Civilization (ISTAC) Dari set music video Magis by Siti Nurhaliza 🎥 #magis #sitinurhaliza #musicvideo #shallowmalaysiandiruangancomment

    ♬ original sound – Ghazimaslan – Ghazimaslan

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga memberitahu bahawa tempat tersebut sebenarnya bukanlah di gereja, namun ia adalah International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC} di IIUM. Tambah mereka lagi, senibina institut tersebut merupakan inspirasi daripada campuran islam dan Morocco dan ianya tersusun serta kelihatan sebegitu.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts