Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Myra Natasya Dakwa Halim Othman Enggan Mohon Maaf – ‘Dia Kata...

    [VIDEO] Myra Natasya Dakwa Halim Othman Enggan Mohon Maaf – ‘Dia Kata Benda Sudah Terjadi’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    myra halimmyra halim

    Anak kepada bekas penyampai radio, Halim Othman iaitu Myra Natasya menuntut permohonan maaf daripada bapanya selepas isu penukaran nama pada sijil lahir yang dilakukan tanpa pengetahuannya.

    Permohonan maaf

    myra halimmyra halim

    Menerusi temu bual bersama Remaja, pemilik nama Yusmyra Natasya Abdullah itu berkata dia memberi masa selama seminggu kepada Halim untuk membuat permohonan maaf tersebut.

    Bagaimanapun, permintaannya itu didakwa tidak diendahkan Halim.

    Saya cuma nak tahu kenapa dia buat begitu dan apa yang saya nak adalah permohonan maaf. Saya beritahu ibu, saya bagi dia masa seminggu untuk dia meminta maaf dan terangkan kepada saya. Tapi dia tak mahu. Dia kata benda sudah terjadi.

    Sementara itu, pelakon berusia 29 tahun tersebut mendedahkan bahawa sebelum ini dia pernah merayu agar Halim memperkenalkannya dirinya sebagai anak kepada umum.

    Selama 27 tahun saya merayu dan minta izin untuk dia beritahu bahawa dia adalah bapa saya. Tapi apabila saya ada nama di dalam industri, dia pun terbuka hati. Kami sangat gembira.

    Dalam pada itu, Myra berkata mereka sudah lama tidak menghubungi antara satu sama lain sehinggalah isu status anak tidak sah taraf itu timbul baru-baru ini.

    Lepas kami dah bagi kenyataan dan masuk macam-macam program, hubungan kami berakhir di situ dan kami tak bercakap langsung daripada 2020 sampailah minggu ini.

    Dia cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang bapa tapi hakikatnya dia tak pernah jadi bapa dalam hidup saya. Jadi bila tiba-tiba jadi bidan terjun sebagai seorang ayah mesti akan rasa tak biasa.

    Terdahulu, pendedahan Myra tentang status dirinya telah menggemparkan banyak pihak dan sekaligus menafikan bahawa ibu dan bapanya pernah berkahwin di Thailand.

    @remaja.my

    Pelakon yang juga merupakan finalis Dewi Remaja 2019;Myra Natasya turut mendedahkan bahawa dirinya serta bapanya itu sudah lama tidak berhubung. Myra turut menuntut bapanya, Halim Othman untuk meminta maaf disebabkan tindakan menukar butiran surat beranakya. ?Saksikan video penuh di Youtube Majalah REMAJA #remaja #majalahremaja #remajamalaysia

    ? original sound – Remaja – Remaja

    ALSO READ:  Neelofa Berterima Kasih Kepada Suami, Sentiasa Bantu Tingkatkan Iman – ‘Untungnya Ada Pasangan Yang Ajak Ke Arah Kebaikan’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts