Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Nadia Brian Pakai Kiub Ais Untuk Kekal Cantik, – ‘Kalau Saya...

    [VIDEO] Nadia Brian Pakai Kiub Ais Untuk Kekal Cantik, – ‘Kalau Saya Tak Jadi Artis Mungkin Saya…’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nadia Brian, seorang pelakon terkenal tanah air, sering mendapat pujian ramai kerana kecantikan dan keanggunannya. Menurutnya, rahsia di sebalik kecantikannya hasil daripada penjagaan rapi sejak usia remaja. Nadia akui sudah mula menjaga kecantikan pada awal usia 16 tahun, terutamanya kerana ibunya sendiri merupakan seorang pakar kecantikan yang berpengalaman.

    “Ibu saya telah mengajar saya dari kecil bagaimana memilih produk yang sesuai untuk kulit saya. Ini sangat membantu dalam memastikan kulit saya sentiasa dalam keadaan terbaik,” kata Nadia.

    Salah satu rahsia kecantikan Nadia yang sering dipraktikkannya ialah menggunakan kiub ais pada wajah. Nadia menjelaskan bahawa menggunakan kiub ais pada wajah sebelum menjalani penggambaran serta memberikan kesegaran pada kulit.

    View this post on Instagram

    Nadia juga menekankan kepentingan menjaga rutin kecantikan yang baik dari awal. Bagi Nadia, penjagaan kulit yang konsisten dan pemilihan produk yang sesuai adalah kunci untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.

    Melihat kepada pengetahuan dan pengalaman Nadia dalam bidang kecantikan, tidak hairanlah jika dia mengakui bahawa jika dia tidak menjadi artis, dia mungkin akan menjadi seorang pakar kecantikan.

    “Kalau saya tak jadi artis, mungkin saya akan jadi seorang pakar kecantikan.” kata Nadia sambil tersenyum.

    Nadia Brian bukan sahaja menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana, tetapi juga membuktikan bahawa kecantikan bukan sahaja tentang apa yang kita lihat di luar, tetapi juga tentang bagaimana kita menjaga diri kita dari dalam.

    Kireina Wellness

    Nadia ditemui ketika  pre-pelancaran Kireina Wellness hari ini, sebuah pusat kecantikan dengan membawa produk terkenal Exilis by BTL dari Amerika Syarikat.

    Pengasas Kireina Wellness, Puan Azizah Salleh berkata, beliau ingin wanita di luar sana mempunyai tempat selamat untuk berkongsi apa sahaja, dari perkara rutin hinggalah intim. Menurutnya, dengan pembukaan Kireina Welness, wanita dapat bersosial tanpa segan silu sambil mendapatkan rawatan kecantikan termoden, terkini dan selamat di dunia.

    ALSO READ:  Budak 12 Tahun Dirogol Bapa & Abang Tiri

    Bukan itu sahaja, Exilis turut menawarkan rawatan Femme 360, yang mampu mengetatkan bahagian vagina dan juga membentuk semula libia wanita. Kireina Wellness menawarkan rawatan-rawatan yang merangkumi bahagian rambut, muka dan badan antaranya, Vagina Tightening dan Vulva Remodelling.

    Turut disediakan adalah rawatan PRX Face Lifting, Fat Loss & Body Contouring, Brightening Facial, Oxy Hydra Facial, Stemcell Booster dan AGF Hair Growth.
    Kesemua rawatan yang ditawarkan adalah tidak invasif dan menggunakan bahan serta mesin medical grade, gred paling tinggi dalam industri kecantikan.

    Kireina Wellness beroperasi di 209, Blok 2, Persiaran Sukan, Laman Seri Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Ia dibuka Selasa hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga 7 malam.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts