Suami memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan termasuk tanggungjawab menyediakan nafkah kepada isteri. Bagaimanapun, ramai pasangan suami isteri masih kurang faham akan kewajipan tersebut.
‘Nafkah ni bukannya duit poket’
@iddinramliiNafkah? original sound – DNP
Terbaharu, pencipta kandungan yang juga pendakwah selebriti iaitu Iddin Ramli berkongsi satu video di TikTok menjelaskan secara ringkas mengenai perbezaan nafkah dan duit belanja yang masih menjadi kekeliruan ramai.
Nafkah ni bukannya duit poket, duit raya, pakej percutian, bukannya beg tangan dan kereta mewah.
Menurut Iddin, nafkah adalah keperluan asas yang disediakan suami dengan hasil titik peluhnya sendiri seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian.
Suami kena usaha dengan tangan, hasil usaha dan titik peluh suami sendiri untuk beri kepada isteri.
Antaranya ialah makanan. Tak kisahlah makan dekat luar atau sediakan bahan masakan di rumah. Suami juga kena sediakan tempat tinggal yang selesa mengikut kemampuan suami sama ada beli atau sewa. Kena juga sediakan pakaian untuk isteri menutup aurat, kena juga sediakan perubatan kalau isteri sakit.
‘ Suami juga berhutang dengan isteri’
Namun sekiranya si suami tidak mampu untuk menjalankan kewajipan nafkah, si suami dianggap ‘berhutang’ dengan isterinya.
Jadi kalau benda yang asas, suami gagal nak sediakan maknanya suami tidak penuhi tuntutan nafkah dan suami juga berhutang dengan isteri.
Tapi kalau benda yang sepatutnya suami sediakan tapi masih lagi isteri bantu untuk sempurnakan, maka suami kena ada rasa malu dan suami perlu hargai isteri.
Sejak kebelakangan ini, isu tuntutan nafkah menjadi topik hangat di media sosial susulan pelakon, Nur Fazura mendedahkan nafkah adalah salah satu punca perceraian dengan bekas suami, Fattah Amin.