Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Naim Daniel Kongsi Perancangan Hidup, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Sedih Laa Pulak…”

    [VIDEO] Naim Daniel Kongsi Perancangan Hidup, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Sedih Laa Pulak…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkongsian penyanyi dan pelakon, Naim Daniel mencuri perhatian netizen apabila memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini.

    Naim, menerusi video yang dikongsikan di TikTok turut memaparkan dia sedang menghabiskan masa bersama anak saudaranya. Apa yang lebih mencuri perhatian orang ramai adalah kapsyen mengenai perancangan hidupnya sama ada dirinya akan berkahwin dan mempunyai anak ataupun bergelar bujang serta menjadi ‘uncle’ kepada anak saudaranya kelak.

    “2 je plan. Kahwin, ada anak. Bujang, jadi uncle.

    Mana-mana yang Tuhan nak bagi, aku okay je.”-kapsyen Naim di TikTok

    @naimdanielx

    mana-mana yang Tuhan nak bagi, aku okay je.

    ♬ original sound – Jwlpiano_🎹 – Jwlpiano_🎹

    “Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal…”

    Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ramai yang menitipkan kata-kata semangat untuk tidak berputus asa dan sentiasa bertawakal kepada Allah SWT.

    “Plus satu plan, jaga dan bahagiakan orang tua.”

    “Untuk anak sulung, automatik jadi auntie pada anak member.”

    “Aku dah 31 bro. Sama la fikir macam kau ni jugak. Either kahwin, or bujang terus. Tapi biasanya lelaki ni once dah lebih umur 30 lebih ke atas, malas dah nak fikir. Kalau ada, adalah.”

    “Same bro, i feel you.”

    “Jadi bujang ni ada kelebihan dan kekurangannya.”

    “InsyaAllah doa yang baik-baik kepada Allah. Doa, usaha, ikhtiar, tawakal. Dekatkan diri pada Allah. InsyaAllah nanti Allah akan hadirkan someone. Nabi Adam pun dulu lepas diciptakan dia rasa sunyi.”

    Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja…Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts