Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Nak B*nuh Diri Bukan Sekadar Fikir, Saya Dah Ada Atas Jambatan’...

    [VIDEO] ‘Nak B*nuh Diri Bukan Sekadar Fikir, Saya Dah Ada Atas Jambatan’ – Amir Jahari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pemenang Anugerah Juara Lagu ke 38, Amir Jahari mendedahkan pernah berdepan dengan masalah kesihatan mental yang teruk.

    Percubaan bunuh diri

    @usanita.hq

    Amir Jahari hampir b**uh diri. #usanita2024 #unwrapped #kisahdisebalikspotlight

    ? original sound – usanita.hq – usanita.hq

    Menerusi perkongsian bersama Usanita, Amir atau nama lengkapnya Mohamad Amirullah Jahari, mendedahkan dia pernah hampir mengambil nyawa sendiri.

    Nak bunuh diri itu bukan sekadar berfikir, saya sudah berada di atas jambatan. Dah tiga kali saya cuba untuk membunuh diri.

    Saya tak nak buat pun dan cuba untuk melawan diri sendiri. Itu yang menyebabkan rasa sakit.

    Teringat wajah orang tersayang

    Menurut penyanyi berusia 32 tahun itu, tiga kali dia berdepan dengan cubaan untuk membunuh diri. Bagaimanapun, ianya gagal apabila dia terbayang wajah-wajah ahli keluarganya.

    Masa percubaan pertama, ketika saya sudah melepaskan semua rasa dan saya nak ‘fly’. Kemudian terbayang muka mak ayah, saya terus termenung lalu turun.

    Saya tengok langit dan berkata, ‘aku nak buat apa ni?’ Saya pun balik.

    Untuk percubaan kali kedua, muka isteri dan anak pula saya terbayang.

    Bercerita lanjut, pelantun lagu Hasrat tersebut berkata, pada kali ketiga cubaan membunuh diri, dia terbayang wajah gurunya.

    Sejak dari itu Amir tersedar bahawa dia memerlukan bantuan profesional untuk menangani masalah kesihatan mental.

    Saya pernah berguru dengan seseorang yang mengajar saya tentang kerohanian.

    Jadi apabila percubaan kali ketiga, saya terbayang muka dia yang dalam keadaan marah.

    Selepas itu saya sedar yang saya perlukan bantuan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts