Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Nak Kata Saya Tak Ada ‘Haters’, Tipulah’ – Khairul Aming Minta...

    [VIDEO] ‘Nak Kata Saya Tak Ada ‘Haters’, Tipulah’ – Khairul Aming Minta Ibu Bapa Pantau Anak-Anak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    khairul aming buli 1khairul aming buli 1

    Personaliti media sosial popular, Khairul Aming menyatakan pandanganya berhubung isu buli siber yang kian merisaukan.

    Kawal anak-anak

    khairul aming buli 2khairul aming buli 2

    Ketika ditemui Khairul Aming atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman berpendapat bahawa buli siber tetap akan ada di mana-mana platform media sosial.

    Namun, katanya, ada segelintir pempengaruh yang sedang meningkat naik masih belum matang untuk menghadapi isu tersebut.

    Buli siber sebenarnya wujud di mana-mana platform tetapi susah nak dikawal buat masa sekarang, kerana kadang-kadang ianya berkias. Tengok macam tak ada apa-apa tetapi tuan badan sahaja yang memahami bahawa dia sedang diserang.

    Saya cuma pesan untuk adik-adik. Mereka ini sebenarnya tak cukup matang nak hadap pandangan orang ramai. Macam saya, saya sudah bermula sejak lapan tahun lalu.

    Jadi apabila daripada platform kecil pergi ke platform besar, saya dah boleh terima kecaman orang.

    Tapi untuk adik-adik yang baru nak mula dan kemudian video mereka tular, mereka tak boleh nak hadam perkara ini.

    Justeru itu, pemantauan daripada individu yang lebih dewasa adalah sangat penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

    Jadi saya minta, ibu bapa atau penjaga pantau anak-anak. Jangan biar mereka terdedah dengan respons yang negatif takut mereka tak boleh kawal.

    Dalam masa yang sama, pempengaruh berusia 32 tahun ini juga tidak dapat lari dari kecaman namun mengambil komen negatif sebagai salah satu cara untuk dia menambah baik kandungan yang dihasilkan.

    Kalau nak kata saya tak ada ‘haters’, tipulah. Cuma tak teruk sangat.

    Tak boleh nak kata tidak terkesan, saya juga manusia yang ada perasaan. Saya juga faham ianya sebahagian daripada industri.

    Saya baca komen semua sebab nak tahu dan daripada situlah saya akan menambah baik diri saya.

    Serius dalam penghasilan konten

    khairul aming buli 22khairul aming buli 22

    Dalam perkembangan lain, Khairul Aming mendedahkan bahawa dia menghabiskan ribuan ringgit untuk menghasilkan video masakan di New Zealand.

    Kos dalam RM80,000 tapi kami pergi memang cara ‘rambo’. Kamilah yang potong ayam, cuci pinggan dan buat semua sendiri.

    Semuanya sendiri tak ada kolaborasi dengan mana-mana pihak.

    Sementara itu, Khairul Aming juga telah dipilih menjadi salah seorang juri bagi TikTok Awards Malaysia 2024. Anugerah gilang-gemilang itu dijadualkan bakal berlangsung pada 11 Ogos ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

    ALSO READ:  Apakah Wanita Teman Sufian Suhaimi mengungkap Rahsia 'Lelaki Berhaya', Lalu berhenti Mengikuti Di Instagram?

    TikTok Awards tahun ini mengangkat tema ‘Realisasikan Impianmu (Celebrating New Dreams)’.

    Imbas kembali, Khairul Aming dinobatkan sebagai Creator of The Year di anugerah tersebut pada tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts