Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Nak Pakej ‘Team Building’ Lebih ‘Adventure’? Jom Ke Genting SkyWorlds

    [VIDEO] Nak Pakej ‘Team Building’ Lebih ‘Adventure’? Jom Ke Genting SkyWorlds

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Merancang untuk mengadakan ‘Team Building’ atau ‘Family Day’ yang lebih menyeronokkan? Suka untuk kami kongsikan, baru-baru ini Genting SkyWorlds Team Building diperkenalkan yang menyediakan semua yang anda perlukan untuk ‘Team Building’.

    “Aset paling berharga bagi mana-mana syarikat ialah kakitangannya dan oleh itu, Genting Skyworlds tidak sabar-sabar untuk meningkatkan penglibatan pasukan anda dengan membawa kerjasama pekerja ke hadapan melalui barisan aktiviti menarik. Aktiviti ini akan membolehkan mereka berkomunikasi, menyusun strategi dan bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama yang akan memupuk kerjasama  dalam pasukan.”, kata Aaron Soo, Naib Presiden Kanan Tarikan dan Penyewaan.

    Pakej ‘team building’ ini bermula pada harga RM250 seorang, termasuk kemasukan tanpa had 1 hari ke Genting SkyWorlds, kredit F&B RM50 dan aktiviti ‘team building’ atau pencarian harta karun yang disesuaikan dan difasilitasi oleh ahli profesional mereka yang berpengalaman.

    Jom tengok aktiviti-akviti menarik ketika MURAI MY menyertai Genting SkyWorlds Team Building baru-baru ini.

    Untuk yang hadir berkumpulan lebih besar 200 orang dan ke atas akan diberikan kemasukan awal ke taman sejam sebelum taman dibuka kepada orang ramai, sepanduk alu-aluan percuma, Pas Photo+, perkhidmatan percuma untuk reka bentuk pentas dengan pencahayaan, paparan latar belakang syarikat pada skrin LED, persembahan pembukaan eksklusif  dan banyak lagi.

    Untuk keluarga besar yang terdiri daripada 50 orang dan ke atas, nikmati percutian yang menyeronokkan di Genting SkyWorlds sambil menjalin hubungan dengan ahli keluarga untuk pakej Hari Keluarga mereka pada harga RM200 bersih setiap orang.

    Jadi apa tunggu lagi? Hantarkan e-mel kepada [email protected] dan serahkan selebihnya kepada mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati gentingskyworlds.com



    Credit: Jalan-Jalan – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts