Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Nama Dipetik Sarah Yasmine, Meerqeen Pilih Sibuk Dengan Lakonan – ‘Saya...

    [VIDEO] Nama Dipetik Sarah Yasmine, Meerqeen Pilih Sibuk Dengan Lakonan – ‘Saya Tiada Apa Nak Komen’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Meerqeen memilih untuk kunci mulut susulan namanya dipetik dengan wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.

    Tiada apa yang mahu dikatakan

    Pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam memberitahu dia mahu fokus dalam karier seni dan filem terbaharunya iaitu Harimau Malaya: The Untold Journey yang akan menjengah pawagam pada 27 Jun depan.

    Saya tiada apa yang mahu dikatakan ketika ini kerana semua datang ke sini untuk filem terbaharu saya, Harimau Malaya. Saya pun mahu fokus pada kerja saya.

    Disoal mengenai kontroversi yang memberi kesan pada namanya, Meerqeen berkata dia kini sedang menjalankan penggambaran drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan tidak mahu isu tersebut menganggu kerjanya.

    Tiada komen mengenai ini, anda pun boleh nampak saya makan dengan gembira.

    Saya jujurnya tidak mengikuti perkara yang sedang berlaku sekarang ini sebab saya pun sedang menjalankan penggambaran drama yang agak ‘intense’ jadi sekarang saya lebih fokus pada kerja saya dan juga diri saya. Itu saja.

    Meerqeen ditemui semasa majlis sambutan Hari Raya bersempena filem Harimau Malaya dan Terkutuk di Hotel Le Meridien, sebentar tadi.

    Dalam pada itu, Meerqeen mengatakan dia juga tidak membaca komen di media sosial.

    Saya tiada masa untuk sesiapa, dengan keluarga saya pun dalam tiga atau empat jam sahaja. Keluarga saya tahu saya macam mana.

    Dalam industri ini saya hanya menjalankan kerja saya sebagai pelakon. Saya tak tahu apa yang orang katakan sekarang ini. Tapi, saya tahu apa yang penting adalah kerja dan keluarga.

    Berkongsi lanjut tentang filem arahan Datuk Afdlin Shauki yang mengangkat kisah pasukan bola sepak kebangsaan itu, Meerqeen berkata dia seronok dapat bekerja di bawah pengarahan sutradara tersebut.

    Ia adalah satu pengalaman yang menakjubkan. Saya seronok bekerja dengannya dan mengharapkan peminat dapat menerima lakonan saya dengan baik.

    Filem Harimau Malaya: The Untold Journey mengisahkan kebangkitan semula Harimau Malaya selepas kemerosotan yang membawa kepada peletakan jawatan jurulatih Tan Cheng Hoe pada Januari 2022.

    ALSO READ:  Linda Rafar Mengaku Filem 'Janna Endoro' Disabotaj - 'Banyak Orang Tidak Tahu Sudah Ditayangkan Selama 5 Hari'

    Naskhah ni turut membariskan pelakon seperti Sophia Albarakbah, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Amelia Henderson, Nam Ron, Bell Ngasri, Kavin Jay dan Douglas Lim.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts