Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Nampak Ja Saya Gelak-Gelak Macam Ini, Jiwa Saya Kacau Sebenarnya’ –...

    [VIDEO] ‘Nampak Ja Saya Gelak-Gelak Macam Ini, Jiwa Saya Kacau Sebenarnya’ – Datuk Red

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red berkongsi keadaan terkini dirinya ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

    ‘Jiwa saya kacau’

    @putehhhx #datored #abgred ? suara asli – Sadvibes?

    Menerusi video yang dimuat naik @putehhhx, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkata dia kini berada di fasa ‘move on’ dan mahu mengembara ke seluruh Negeri.

    Inilah yang dinamakan proses ‘move on’. Kejap lagi saya nak ke Pulau Pinang dan berjalan-jalan di sana.

    Mungkin lepas ke sana, saya nak turun pula ke Terengganu. Saya nak pusing satu Malaysia sebab saya dah tak ada hala tuju.

    Menurut Datuk Red, dia pasti akan teringat akan bekas isteri dan anak-anaknya sekiranya hanya duduk di sekitar daerah kawasan kediamannya.

    Saya tak boleh duduk di Sungai Buloh saja atau duduk di area situ sebab akan sentiasa teringat anak dan bekas isteri saya.

    Saya pasti akan terkenangkan semua memori jadi biarlah saya bawa diri. Nampak ja saya gelak-gelak macam ini tapi jiwa saya kacau sebenarnya.

    Masa saya dan bekas isteri pun dah makin suntuk, dah macam tak ada harapan dah jadi biarlah saya teruskan baki kehidupan saya ini.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar segala urusan Datuk Red dipermudahkan.

    Sekadar info, Datuk Red dan Adira yang merupakan isteri keduanya disahkan bercerai talak satu pada 23 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.

    Selepas 21 hari, Datuk Red kemudian bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

    ALSO READ:  Marissa Dania Kembali Kongsi Konten Di TikTok, Netizen Titip Kata Semangat – ‘Awak Cantik Sangat, Stay Strong Dear’

    Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

    Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya.

    Komen netizen

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts