Selama dua hari bermula hari ini, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Festival Nasi Kandaq Fest di Sunway Putra Mall pada 23 sehingga 24 September.
Festival ini dibawa oleh FriedChillies dengan kolaborasi Sunway Putra Mall yang menampilkan gerai dari 10 buah restoran nasi kandar terkenal.
Antara restoran yang terlibat adalah Nasi Kandar Jamal Mohamed, Yusuf Restaurant, Pelita Nasi Kandar Taman Chai Leng, Restoran Liga Maju Nasi Dalca Ayam Negro, Hameediyah Restaurant, Sithique Nasi Kandar, Sadam Nasi Kandar, Nasi Kandaq Talam Johor Bahru dan Restoran Kudu bin Abdul.
“Lejen-lejen kita datang dari Penang dan KL dengan satu vendor dari Johor Bahru! Seorang peminat nasi kandar tegar akan tahu yang sepinggan nasi kandar yang sempurna bukan hanya tertakluk pada kombinasi kari tetapi juga kemahiran seorang joki kari,” kata Mohd Adly Rizal, CEO FriedChillies.
Tinjauan MURAI, pengunjung telah mula beratur seawal 9 pagi di mana majlis perasmian bermula jam 10.30 pagi. Pengunjung dilihat menjamu selera di ruang legar pusat membeli-belah Sunway Putra Mall. Ruang makan disediakan malah pengunjung dihiburkan oleh persembahan nyanyian di pentas.
Hari ini ia telah menjadi institusi makanan tempatan dengan peminat-peminat fanatik. Jangan lepaskan peluang untuk datang ke Nasi Kandaq Fest di Sunway Putra Mall.
Untuk maklumat lanjut Nasi Kandaq Fest dan info terkini sila ke IG dan FB FriedChillies di @friedchillies atau laman web kami www.friedchillies.com